Ketika adinda Sultan Shahrul Najib ibni Sultan Malik Shah, pemerintah negera Beringin Ru Rendang berangkat dan singgah di Kemaman lalu memanda Nujum Pak Belalang selaku Ahli Nujum Negara telah mempersembahkan bahawa Sultan Shahrul Najib akan mengalahkan Sultan Masai yang memerintah negeri Gua Bukit Tunggal. Maka tersenyumlah adinda Sultan.
Kemaman: “UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman ( MPK)
Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13).
Ahmad Said pula menegaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan realiti setelah mengambilkira sokongan semasa rakyat negeri ini kepada UMNO dan BN. Beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lalu UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru. “Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang. “Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang disempurnakan Muhyidin.
Dalam kes tertentu, Terengganu berbeza daripada Kelantan & Kedah. Latarbelakang politiknya serta perjuangan kepartiannya. Bahkan ketika Umno-BN Kedah & Kelantan berbalah mereka tiada sumber kewangan yang banyak. Terengganu dengan wang ehsan yang dirompak digunakan dengan sebuas-buasnya meskipun mereka saling bercakaran dan berebut harta. Tetapi kerja Allah mengatasi segala-galanya. Terengganu telah dimenangi Pas tahun 1951 dan Meskipun ketika Tan Sri Wan Mokhtar menjadi MB, Umno Terengganu sudah kaya tetapi Alhamdulillah, mereka boleh dikalahkan pada tahun 1999. Meskipun Wang ehsang bermula dan Pas tinggal 4 kerusi tetapi telah meningkat sekali ganda kepada 8 kerusi pada 2008.
Kini, semua mereka yang didaftar oleh Umno-BN sebagai pengundi dibayar Rm500. Mereka dikursuskan selama 3 hari. Setiap pemberian wang kini diwajibkan mendaftar keahlian Umno. Walaupun begitu, rakyat makin imun dengan umpan Umno-BN dan kezaliman dan penindasan serta janji-janji bohong Umno akan memakan diri mereka sendiri. Peluang pekerjaan, kenaikan harga barang yang tinggi, kos hidup semakin teruk, semuanya membebankan rakyat. Dengan kesedaran khususnya orang muda, rakyat Terengganu mampu mengulangi perubahan yang pernah mereka lakukan. InsyaAllah semoga Allah memberi kemenangan PR pada pru-13 nanti.
No comments:
Post a Comment