Pengumuman Ismail Sabri Yaakob disusuli pula dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan petrol jenis RON 95 dan kenaikan sekali ganda nilai subsidi dari RM10.38 bilion kepada 20.58 bilion sebenarnya tidaklah mengejutkan.
Sudah dijangka, malah ada di antara penganalisis ekonomi "menyindir" kabinet Najib Altantuya dengan mengatakan mereka sudah "tidak sabar-sabar" untuk melihat harga petrol khusus dijual untuk rakyat Malaysia itu dinaikkan lagi bagi mengimbangi defisit kerajaan yang sangat tinggi, sekitar 5.7 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) seperti yang dinyatakan dalam unjuran suku tahun pertama 2011.
Bermula dengan kenaikan harga gula di pasaran sebanyak 20 sen sekilogram atas nama "rasionalisasi subsidi", kini Malaysia bakal menghadapi saat-saat penentuan kenaikan bahan bakar bersubsidi yang kini berharga RM1.90 seliter.
Harga semasa RON 95 tanpa subsidi kerajaan adalah RM2.80 seliter.
Bermakna, setiap liter petrol RON 95 yang mengalir masuk ke dalam tangki kereta atau motosikal rakyat Malaysia, 90 sen ditanggung kerajaan.
Akan tetapi dengan kenaikan berterusan satu lagi jenis produk petroleum tanpa subsidi, RON 97, bermula dari RM2.30 sehingga yang terkini berharga RM2.90, apakah kerajaan kini sudah tidak mampu membiayai subsidi yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah di dunia ini??
Kegagalan tadbir urus kerajaan sendiri dikatakan menjadi punca berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan hinggakan setiap kali berlakunya tekanan harga komoditi di pasaran dunia, tidak lain tidak bukan akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung segala beban yang dilepaskan kerajaan!
Jangan diungkit berapa banyak kerajaan perlu berbelanja untuk subsidi rakyat, kerana itu adalah tanggungjawab hakiki yang mesti dilaksanakan untuk mengekang inflasi dan menstabilkan harga optimum barang keperluan seharian.
Tetapi, kesan inflasi yang berterusan terhadap ekonomi negara bakal mempengaruhi keputusan Najib Altantuya untuk memanggil pilihanraya umum yang pada awalnya dijadualkan sekitar Jun atau Julai tahun ini.
Sekiranya Najib Altantuya menaikkan juga harga RON 95 dahulu sebelum pilihanraya, kesannya terhadap keputusan pilihanraya umum amat besar, walaupun Barisan Najis berjaya membentuk kerajaan persekutuan atau sebaliknya.
Akan tetapi sekiranya dia menahan kenaikan petrol dan membubarkan parilmen, dan memilih untuk menaikkannya selepas Barisan Najis memperoleh mandat (harap BN kalah), kesannya terhadap prestasi Barisan Najis dapat diminimumkan.
Penganalisis ekonomi, penasihat-penasihatnya di Kementerian Kewangan serta sumber dalaman Jabatan Perdana Menteri meramalkan Najib Altantuya akan memilih cara kedua walaupun berisiko.
Tetapi dengan kekangan kewangan kerajaan yang semakin kritikal, Najib Altantuya akan terpaksa juga manaikkan harga petrol RON 95 secara berkala walaupun telah menjangkakan berlaku kecaman Pakatan Rakyat terhadap kerajaan seperti mana keputusannya menaikkan RON 97 sebanyak tujuh kali dalam tempoh kurang dua tahun.
Dilema Najib Altantuya menentukan sama ada agenda apakah yang perlu dilakukannya dahulu, antara naikkan RON 95 dan berdepan dengan bantahan rakyat, atau kekalkan harga sekarang dan kantung kerajaan makin terhimpit sehingga defisit bakal mencecah 7 peratus, semakin dapat dirasakan.
Maka tidak harianlah semasa berucap di Universiti Oxford, London, semalam, Najib Altantuya menghina rakyat Malaysia sebagai "penagih candu tegar" yang merujuk kepada rakyat Malaysia tetap mahukan subsidi diteruskan walau apapun keadaan semasa kewangan kerajaan.
Seperti kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, meramalkan Najib Altantuya hanya akan memanggil pilihanraya selepas pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun ini atau paling lewat akhir suku pertama 2012, iaitu sekitar Mac.
Akan tetapi, semakin lama Najib Altantuya menangguhkan pilihanraya, sebenarnya hanya akan mengundang padah buat Barisan Najis kerana Pakatan Rakyat akan terus menerus menyerang kelemahan pentadbirannya yang hanya lebih banyak akronim "gah" daripada manfaatnya terhadap rakyat terbanyak.
Yang pasti, hari-hari terakhir pemerintahannya semakin "disulitkan" dengan keputusan sama ada mahu atau tidak petrol RON 95 dinaikkan atau sebaliknya.
Sama-samalah kita tunggu "pengumuman rasoinalisasi subsidi" sekali lagi sekembalinya dari luar negara sebagai "Perdana Menteri Malaysia yang terakhir dari Umno-APCO"!!
JALAN PULANG
Kenaikan harga bahan bakar mungkin lewatkan PRU
Dari kenyataan pelbagai pemimpin kerajaan bahawa kerajaan tidak mampu lagi untuk mengekalkan tahap subsidi bahan bakar sekarang, maka kenaikan harga minyak petrol RON95 nampaknya tidak dapat dielakkan lagi.
Ia boleh mempengaruhi tarikh pilihan raya umum akan diadakan, dan beberapa pengulas politik dan ekonomi meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin melewatkan tarikhnya untuk meredakan kesan harga minyak dan kadar inflasi yang tinggi, yang boleh menjejaskan kedudukan BN.
Bagaimanapun, langkah melewatkan pilihan raya umum boleh mendedahkan Najib kepada risiko yang lebih besar, memandangkan kesan inflasi akan berlanjutan, ditambah pula keadan masa depan politik dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu.
Berbanding dengan subsidi gula yang dipotong baru-baru ini, rasionalisasi subsidi bahan bakar pasti memberi kesan lebih besar ke atas harga ekonomi dan harga pengguna, memandangkan ia akan menambah kos pengangkutan.
Jika kerajaan BN memilih untuk menaikkan harga bahan bakar sebelum pilihan raya umum, maka ia hanya akan memberi peluang kepada pembangkang memainkan isu kenaikan kos sara hidup yang telah terbukti dapat memudaratkan BN.
Dalam satu temubual, ketua publisiti DAP, DAP Tony Pua memberitahu Malaysiakini bahawa besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat jika harga minyak RON95 dinaikkan.
"Jika harganya terus meningkat, maka pilihan raya akan ditangguhkan lagi," kata ahli parlimen PJ Utara itu.
Harga petrol RON95 disemak bulan depan
Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.
"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.
"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.
Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.
Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.
"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.
Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.
Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.
No comments:
Post a Comment