SHAH ALAM 26 MEI : Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mahu polis bertindak dengan konsisten dalam penyiasatan mereka berhubung penyebaran cakera video lucah yang dikesan dilakukan kepada ketua-kampung di Selangor.
Khalid berkata, polis dan Kementerian Dalam Negeri perlu bersikap profesional dalam menangani hal ini dan tidak harus berdiam diri seolah-olah menghalalkan fitnah lucah terus tersebar ke serata negara.
"Bagaimana bahan grafik yang dulunya telah diserahkan kepada polis salinan asalnya, secara terbuka disebarkan. Selepas itu dihantar kepada ketua-ketua kampung dan sebagainya.
"Ini bagi kami merupakan politik kotor Umno dan merupakan tanda betapa terdesaknya mereka untuk berhadapan Pilihan Raya Umum. Malangnya pihak berkuasa seperti polis dan KDN mendiamkan diri. Apa sudah jadi?" soalnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang diterimanya daripada lapan orang ketua kampung di sekitar Selangor yang mendakwa telah menerima video berkenaan.
Cakera video berkenaan yang memuatkan rakaman video lucah memaparkan individu yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang telah diterima oleh ketua kampung berkenaan sejak seminggu lalu.
Menurut Khalid, cakera video tersebut diterima oleh ketua Kampung Padang Jawa Petaling, Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Kampung Kuantan Klang dan Kampung Melayu Subang.
Selain itu, ketua Kampung Bukit Kapar (Meru), Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Jalan Kebun Klang turut menerima rakaman video berkenaan melalui kiriman pos.
Sebelum ini, lapan orang ketua kampung di kawasan Hulu Selangor dilaporkan turut menerima rakaman video berkenaan.
"Tempat lain sudah terima, Shah Alam sudah terima, kemungkinan besar seluruh negara JKKK dan Ketua Kampung dah terima video. Boleh bayangkan jumlah wang yang dibelanja dan tahap yang diusahakan pihak ini.
Khalid berkata penyebaran video berkenaan mungkin didalangi Umno dilakukan bagi menghakis kepercayaan golongan penyokong akar umbi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana gerak kerja mereka yang tersusun dan modal besar yang harus digunakan bagi melakukan penyebaran seperti itu.
"Ini semua menunjukkan ada organisasi dan kempen yang tersusun dan terancang yang sedang dilakukan mereka," kata Khalid.

CARA YG PALING CEPAT UTK PDRM MENYIASAT EDARAN FILEM LUCAH DGN MEREKA ADEGAN SEX PEMIMPIN UMPORNO (TERUTAMA NAJIB) PETANG/LEPAS MAGRIB TU JUGAK SURE KERTAS SIASATAN DIBUKA, MENJELANG SUBUH KES MESTI SELESAI, PDRM AKAN BERKIYAMULAI BUAT SIASATAN. TEPAT JAM 10AM KESOKAN HARI BOLEH BUAT PENDAKWAAN DI MAHKAMAH TANPA KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN OLIH PEJABAT AG... APAKATA KITA PANDU TRY, CUBA TENGOK......
ReplyDelete