Monday, May 16, 2011

Zahid Hamid yang angkuh



SHAH ALAM 17 MEI : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyarankan agar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambilkira sifat kemanusiaan tatkala mengulas tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan Jumaat lalu.

Zahid sebelum ini dipetik sebagi berkata, tindakan Izzah itu hanya 'dibuat- buat' semata- mata mahu meraih simpati orang ramai.

Izzah dalam laporan polisnya menjelaskan beliau menerima ugutan SMS, menggertak akan menculik anak sulongnya jika bapanya iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berundur dari dunia politik.

"Sebagai seorang menteri dia tidak wajar berkata demikian dan tidak langsung menujukkan simpati kepada ibu bapa yang menghadapi ancaman sedemikian. Ini juga menunjukkan dia mempolitikkan semua perkara dan tidak bertanggungjawab."

Tian berkata Zahid sepatutnya menunjukkan rasa hormat dan bersimpati kepada Izzah, memandangkan ugutan yang diterimanya melibatkan nyawa dan bukan ingin menarik perhatian mana-mana pihak.
"Saya rasa dia bukan sahaja sepatutnya tarik balik kenyataan tersebut tapi dia juga harus tunjukkan hormat dan sensitif kepada perkara yang serius ini."

Tegas Tian, sungguhpun terdapat perbezaan ideologi dari sudut politik, namun Zahid tidak wajar memperlekehkan dan menghina keprihatinan seorang ibu kepada anaknya kerana tiada seorang ibu yang sanggup mempermainkan perkara sebegini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula berharap agar Zahid berhati- hati dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas Izzah.

Ini kerana Zahid suatu ketika dulu merupakan individu yang paling rapat dengan keluarga Anwar dan lebih mengenali keluarga tokoh politik itu.
"Saya juga minta supaya Datuk Zahid jangan main politik, ini soal nyawa jadi takkanlah hilang langsung perasaan simpati Zahid terhadap Anwar Ibrahim dan keluarganya. Apa pun jua perbezaan politik dan pandangan dengan Anwar, saya minta Zahid ada sedikit simpati."

Beliau juga kecewa dengan tindakan Zahid yang cuba mempolitikkan ugutan yang diterima Nurul Izzah.

"Janganlah korbankan sikap rasa hormat berhubung kes ini, ini soal nyawa jadi saya harap Zahid ada sempadan untuk berpolitik."

No comments:

Post a Comment