Saturday, June 18, 2011

12 onggota polis cawangan Narkotik termasuk inspektor, pegawai dan konstabel ditahan edar dadah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFjRJFZgVQINRyr7RBjQOFFb7yjJYvZkx-EIHaNgIy4dGyVw7qZWbJ3dBI04l-9N-H-8Z8ycJ6ENIqt4cEA-jugx9LYzOJtnzUtp3cqDThqk7MoTB2sSmcoIM04UFVwtPKkyFhdNCHR34/s1600/dadah-2.jpgKUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu.SH

1 comment:

  1. Kena hati2.Jangan2 mereka ini terkena kerana Cukong besar merasa tertekan dengan tindakan mereka!Cukong Besar akan membuat apa saja demi menjamin perniagaan mereka tidak terganggu.
    Orang Melayu hanya layak jadi penagih.
    Orang Cina jadi Taukeh.
    Orang melayu hanya layak jadi pembeli ekor haram.
    Orang Cina jadi Taukeh.
    kalau ada orang Melayu nak cuba, nak jadi taukeh? ha ha terimalah tekanan dan akibatnya.

    ReplyDelete