KUALA LUMPUR 25 JUN : Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa langkah Mahkamah Majistret menayangkan semula rakaman video seks ketika prosiding yang membabitkan trio Datuk T semalam, dilihat bertujuan menjatuhkan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Surendran dalam satu kenyataan media, beliau tidak terkejut sekiranya hukuman ringan yang dikenakan ke atas Datuk T dipengaruhi oleh Jabatan Peguam Negara dan polis.
“Kejadian yang berlaku itu membuktikan penglibatan pihak berkuasa tertinggi termasuk polis dan kamar Peguam Negara dalam satu konspirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim sama ada dalam politik atau secara peribadi.
“Tindakan mereka ini amat tidak munasabah dan ia juga sangat mengganggu sistem perundangan. Percubaan mereka untuk berpura-pura bersikap adil dan telus tidak munasabah dan kami yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan,” ujar beliau.
Tegas Surendran, tindakan Mahkamah Majistret membenarkan tayangan semula rakaman video seks itu walaupun ketiga-tiga Datuk T sudah mengaku bersalah bertentangan dengan sistem perundangan.
Semalam ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.
Hakim Aizatul Akmal Maharani memutuskan demikian setelah mendengar hujah yang dikemukakan tertuduh.
Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik masing-masing mengaku bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atas mereka.
Eskay didenda RM3,000, sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 dan RM1,000.
Eskay dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

No comments:
Post a Comment