Saturday, June 18, 2011

Jika UMNO/BN masih perintah Selangor, jangan harap setingan nak dapat macam ni




SELAYANG 18 JUN : Sejumlah 84 keluarga peneroka bandar Kampung Kok Doh gembira dengan usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor mengambil langkah merancang pembinaan projek perumahan bagi menggantikan penempatan setinggan yang didiami seramai 1,200 peneroka bandar.

Antara penerima saguhati, Kanan a/l Nagalingam menyifatkan kerajaan negeri lain tidak mampu untuk melakukan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang terus-terusan membantu rakyat tanpa mengira kaum.

"Kita sangat gembira kerana selama 30 tahun kita sudah tinggal di kawasan setinggan ini dan pada tahun depan kita akan dapat rumah yang baru (semi-d), memang di negeri lain tak akan dapat seperti yang dilakukan kerajaan negeri Selangor,"katanya.

Kampung Kok Doh terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Projek Bukit Botak yang sedang dibina kini turut melibatkan kawasan perumahan Kampung Kok Doh.

Justeru itu, kerajaan negeri telah menyalurkan saguhati pemindahan dan bantuan perumahan kepada 84 keluarga di kampung berkenaan yang terkesan akibat pembangunan projek Bukit Botak.

Malah mereka juga ditawarkan bantuan pembelian rumah, bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Menurut Selvam a/l Mahamuni, beliau bersyukur dengan pemerintahan kerajaan pada hari ini yang mengotakan setiap apa yang dijanjikan.

"Usaha kerajaan ini baguslah sebab sebelum ni saya pernah kena tipu dan langsung tidak dapat rumah. Kerajaan baru ini terus sediakan rumah dan turut memberi wang pampasan, kira baguslah negeri Selangor,"katanya.

Bagi Chan Ah Yoi pula, beliau sudah tidak mempercayai kerajaan terdahulu (BN) kerana sering menipu dan menindas rakyat terutama yang miskin.

"Kerajaan dulu banyak cakap tapi tak buat apa-apa tapi kerajaan memerintah sekarang menunaikan apa yang telah dijanjikan,"katanya.

Hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan saguhati berjumlah keseluruhan RM 483,800 pada satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.

No comments:

Post a Comment