Friday, June 24, 2011

Mari tengok kerja busuk perut puak - puak Songkok Tiga Jengkal buat provokasi terhadap BERSIH 2.0

KANGAR, 24 Jun: PAS Perlis mengutuk keras tindakan provokasi dan kelakuan biadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan ketegangan rasa kebencian di kalangan penduduk di negeri ini.

Pagi tadi penduduk di sekitar Kangar dikejutkan dengan insiden sebuah kereta Toyota Camry telah disembur dengan cat hijau bertulisan "Bersih 2.0". Kejadian berlaku di sebuah lorong di belakang Pasaraya Aneka dekat sini.

Tidak jauh dari situ pula, dinding sebuah premis pula disembur dengan cat hijau dengan perkataan "Hidup PAS", manakala dinding pagar di sebuah premis berdekatan Masjid Syed Alwi pula disembur dengan tulisan "Joint Bersih 2.0" .

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan, PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam perkara tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu perbuatan provokatif yang bertujuan menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat.

"Tindakan seperti ini mungkin perbuatan budak-budak nakal atau pihak yang didalangi pertubuhan tertentu dan merupakan salah satu cubaan memburukan imej Bersih dan menyuburkan bibit-bibit kebencian di kalangan rakyat.

"PAS Perlis tidak terbabit dengan perbuatan sebegini dan pimpinan PAS sendiri tidak akan mengizinkan ahlinya melakukan perbuatan bodoh dan tak bertamadun seperti ini," jelasnya.

Selain itu katanya, Pemuda PAS Perlis menasihatkan mana-mana pihak yang cuba melakukan sebarang provokasi bodoh seperti ini supaya menghentikannya segera kerana rakyat secara umumnya sudah faham tujuan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan.

"Kami menasihatkan ejen-ejen provokasi ini janganlah bertindak keterlaluan. Lagi banyak provokasi lagi ramai orang akan turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai nanti. Sekali lagi ditegaskan, perhimpunan Bersih yang akan diadakan adalah himpunan aman dengan tujan yang murni untuk menuntut sebuah sistem pilihanraya yang adil," jelasnya.

Nasihatnya lagi, mana-mana pihak yang menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti ini supaya membuat laporan polis.

"Apapun kami menjangkakan menjelang perhimpunan Bersih nanti lebih banyak lagi provokasi yang akan dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Sila tampil membuat laporan polis sekiranya anda menjadi mangsa," tegasnya.

3 comments:

  1. Kalau lagi banyak provokasi, lagi ramai orang akan turun, usahlah marah, kata kerja busuk puak puak songkok tiga jengkal. Galakkan aje. Bagi duit minyak.

    Yang betulnya hangpa sendiri dah gabra !

    Taat kepada Ambiga , pejuang anti Islam.

    ReplyDelete
  2. tak da sapa nak gabra, UMPORNO la yang takut kecut, gelabah lepas tu buat provokasi bodoh. Hang pu sama pencacai mai kentut busuk kemudian lari pi rumah lain kentut. Jenis pengotoq

    ReplyDelete
  3. UMPORNO ni memang dah teruk dari dulu, kini dan selamanya.Nak berhujah mereka pendek akal.Nak buat perhimpunan orang tak pi kalau tak de nasi bungkus, ayaq dan rokok.Kat sekolah bila dia orang buat program - baget orang datang 800 orang.Tapi yang datang 200 orang saja tu pun cikgu yang ramai.Makanan berlambak lebih.Pakat bungkus bawa balik.Depa ni dah mati akai...tak tau apa nak buat lagi.Sebab tu dia upah orang buat provokasi supaya orang benci dengan BERSIH ni.

    ReplyDelete