Wednesday, June 22, 2011
Pasukan kuat bantu Pesuruhjaya
PARIT BUNTAR , 22 Jun : PAS Parit Buntar mengucapkan jutaan tahniah serta menyokong penuh perlantikan Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Perak bagi sesi 2011 – 2013.
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim berkata, gandingan kepimpinan lama dan baru itu diharap menjadi pasukan yang kuat untuk membantu pesuruhjaya melaksanakan tanggungjawabnya.
“ Semoga perlantikan beberapa pimpinan baru ini akan memberikan semangat baru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS di negeri ini.
“ Malah, pasukan kepimpinan baru ini tidak akan memberi ruang yang selesa khususnya kepada Umno BN yang selama ini selesa bertindak sesuka hati kepada rakyat” katanya
PAS Perak baru-baru ini telah membuat rombakan agak besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti.
Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3. Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak yang baru.
Pemegang jawatan Ketua Penerangan juga turut berubah apabila kini di sandang oleh Nuri Al-Amin manakala Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.
Haji Harun berharap pasukan kepimpinan baru ini akan terus mengatur dan membentuk kekuatan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Fokus kita untuk menghadapi PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi bagi merampas semula negeri Perak.
“ Gabungan ulama, professional dan aktivis yang berdedikasi dan agresif ini dilihat mampu membawa kejayaan kepada PAS Perak dalam menghadapi PRU ke 13”katanya
Belaiu juga mengambil kesempatan untuk menyeru semua jentera PAS dan Pakatan Rakyat untuk terus bersedia menghadapi PRU 13 yang sangat hampir kini.
No comments:
Post a Comment