Thursday, June 16, 2011

Utusan fitnah lagi, memang layak untuk binatang ini

http://2.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/S1wIegW1q4I/AAAAAAAAGQ0/Lfq2ZbY4wig/s400/berukbacautusan.jpgSHAH ALAM 16 JUN : ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat satu laporan polis terhadap Utusan Malaysia berhubung dakwaan media kawalan Umno itu menyiarkan berita palsu yang boleh mencetuskan perbalahan antara DAP dan PAS.

Katanya, ini kerana laporan Utusan Malaysia Selasa lalu yang berjudul "Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP" jelas mempunyai niat jahat dan merupakan 'fitnah' yang sengaja diadakan akhbar terbabit.

Malah, laporan Utusan itu juga adalah rekaan semata-mata untuk merosakkan kredibiliti beliau sebagai seorang wakil rakyat sekali gus menjejaskan hubungan baiknya dengan Exco Selangor itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Utusan Malaysia pada Selasa (14 Jun) lalu yang bertajuk 'Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP' adalah fitnah jenayah dan merupakan satu pembohongan besar, malah ia adalah rekaan semata. Kerana saya tidak pernah di temuramah atau dihubungi oleh mana-mana wartawan Utusan," katanya.

"Artikel Utusan ini jelas berunsur fitnah dan bertentangan dengan tatacara kewartawanan," tegasnya kepada Tvselangor.

Menurut Ng Suee Lim, kenyataan Utusan Malaysia itu juga memperlihatkan tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional(BN) untuk meraih sokongan rakyat yang kian terhakis menjelang pilihan raya ke 13 yang dijangka tidak lama lagi.

"Laporan Utusan ini jelas menunjukkan mereka (Umno-BN) terdesak dan ketandusan isu atau 'bankrup politik', sehinggakan terpaksa menggunakan berita-berita palsu untuk menarik perhatian masyarakat demi memecahbelahkan hubungan baik Pakatan Rakyat," ujarnya.

Utusan Malaysia Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk "Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP" dengan mendakwa pemimpin DAP itu berkata keputusan berkenaan akan memperkukuhkan hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

Laporan tersebut turut memetik Ng berkata, tindakan itu dibuat berikutan Dr Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu didakwa tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

Tegas Ng Suee Lim, laporan Utusan Malaysia itu tidak akan mengganggu-gugat hubungan baiknya dengan Dr Hassan Ali kerana Exco Selangor itu sangat mengenali dirinya secara peribadi.

"Saya rasa dia ( Dr Hasan Ali ) sangat jelas dengan agenda rasmi Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan hubungan baik pemimpin Pakatan Rakyat.

Tambah Ng Suee Lim, pihaknya juga turut mendesak polis melakukan siasatan segera serta menuntut Utusan Malaysia membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan terbabit, dan sekiranya gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil.

"Saya minta polis buat siasatan segera.Saya tuntut Utusan mengeluarkan permohonaan maaf secara terbuka. Ini jelas bertentangan dengan etika media,” katanya.

No comments:

Post a Comment