Wednesday, July 6, 2011

Baiki stadium runtuh sebelum berjanji bina stadium baru

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/bob.jpg?t=1257824210PARIT BUNTAR, 7 Julai : Rakyat negeri Kelantan telah ditawarkan sebuah stadium baru yang lengkap dan canggih sekiranya Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, (gambar) ini merupakan gula-gula pilihanraya baru yang Perdana Menteri tawarkan untuk menarik simpati pengundi.


"Saya yakin dan percaya, gula-gula stadium baru ini adalah untuk menarik sokongan pengundi muda kepada UMNO.

" Tapi harus diingat, stadium yang runtuh di Terengganu pun hingga kini belum dipulihkan dan Stadium Darulmakmur di Pahang juga dimaklumkan sudah uzur dan tiada peruntukan dikeluarkan oleh Perdana Menteri"katanya

Beliau berkata, adalah lebih baik andai PM menyerahkan royalti minyak kepada negeri Kelantan daripada janji-janji pilihanraya dengan membina stadium baru..


"Baikilah dulu stadium yang rosak, naikkan taraf stadium yang banyak dalam negara ini.

" Saya pasti bukan rakyat Kelantan sahaja mahukan stadium yang cantik dan diselenggara tetapi rakyat seluruh negara amat memerlukannya."katanya

Hairul Nizam yakin rakyat Kelantan cerdik dan tidak akan mudah termakan dengan janji Najib yang kini dalam usaha mendapat sokongan bagi menghadapi pilihanraya. Malah Najib sendiri telah diisytihar peminat nombor satu Red Warriors dan memberikan sokongan dana RM 2 juta kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA).


"Saya fikir seluruh persatuan bolasepak negeri perlu diagih-agihkan dana pembangunan bolasepak. Jangan sebab nak meraih sokongan politik, hanya negeri tertentu sahaja diberi bantuan dana kewangan.

" Bagaimana dengan negeri lain? Takkan mereka akan dipinggirkan dari arus pembangunan bolasepak."katanya

Justeru beliau menyeru supaya Perdana Menteri tidak menggunakan dana awam ini untuk kepentingan survival politik UMNO yang semakin susut sokongannya.

" Budaya merasuah pengundi dengan janji-janji awangan ini juga sudah mula menular akhir-akhir ini. Saya berharap rakyat Kelantan terus memberikan sokongan kepada pimpinan PAS untuk menerajui negeri.


"Saya fikir stadium baru untuk rakyat Kelantan boleh dibina sekiranya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang" katanya lagi.

No comments:

Post a Comment