Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 : Sehari kejayaan rakyat, kebobrokan regim Najib di mata dunia

10:12

Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis. Disebabkan baju kuning, dari jumlah itu, 4 orang ditahan di Maju Junction dan selebihnya berhampiran Masjid Kampung Baru. Ada laporan tidak rasmi telah menyebut jumlah yang ditahan kini mencecah lebih 100 orang sejak tengah malam tadi.
10:14

Wartawan wlrl.blogspot.com memaklumkan keadaan sunyi di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kelihatan pasukan RELA di kawasan tersebut. Kedai-kedai semuanya ditutup
10:17

Dilaporkan jumlah orang ramai di kawasan Masjid Negara semakin bertambah dan dianggarkan mencecah 2000 orang.
10:19

Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.
10:19

Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni.
10:20
10:21

Pengunjung boleh memberi komen dan maklumat yang ada diperolehi anda untuk dikongsi bersama di sini
10:21

12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.
10:26

Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.
10:34

Setiap lorong di kawasan Jln Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India serta SOGO dipenuhi polis dan anggota keselamatan. Helikopter masih berlegar. Menurut wlrl lagi, seramai 6 lagi ditahan di Jln TAR dan tahanan dikawal oleh 10 orang polis
10:35

Seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat.
11:04

Wartawan WLRL/KL-Today.com ditahan tadi tetapi dilepaskan polis kerana mempunyai pas kewartawanan. Beliau melaporkan kedai-kedai makan di Jalan TAR, Masjid India dipenuhi oleh Special Branch menahan dan menyoal orang muda supaya pergi dari kawasan tersebut
11:05

Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.
11:06

Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.
5000 peserta dari Pasar Seni sedang menghampiri sejumlah 5000 peserta di Masjid Jamek dalam perjalanan ke Dataran Merdeka
12:57

Gas pemedih mata dilaporkan dilancarkan oleh FRU di depan bangunan Majlis Peguam Malaysia 10 minit tadi
12:58

Anggota FRU juga dilaporkan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menjerit "reformasi" di Bank Agro berdekatan Daya Bumi
1:00

Dr Hatta Ramli dilaporkan memberi ucapan ringkas di kawasan Masjid Jamek, peserta melaungkan hidup rakyat, bebaskan media, bebaskan SPR. Selepas ini, mereka akan menuju ke Stadium Merdeka
1:01
Polis melemparkan gas pemedih mata berhampiran Bank Agro/pejabat Majlis Peguam
1:02

Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
1:02

Comment From syaiful
Saksikanlah kebodohan melayu yang merasakan diri mereka terinaya......
1:04

Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di Hotel KL Hilton. Mereka merancang untuk berarak ke stadium dari situ. Azmin Ali dilaporkan kini ditahan polis di Pulapol, Jalan Semarak. Maklumat mengenai Azmin akan disahkan
1:06

Polis dilaporkan sengaja memerangkap para peserta di kawasan masjid india ke pasar seni dan akan melancarkan serangan gas pemedih mata bila2 masa sekarang
1:07

Comment From En.G.T.Low
Reformasi? Bersih? Laungan yg difikirkan patriotik. Tapi , ada kah ia benar sama sekali??
1:07

Nurul Izzah dilaporkan telah ditahan
1:09
Expand
Peserta melarikan diri dari serangan gas pemedih mata di depan bangunan Majlis Peguam
1:14

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah tiba di KL Hilton untuk menyertai sidang akhbar dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain
1:16

Gabungan para peserta himpunan kini sudah berada di hadapan bangunan Maybank di Pudu dan mereka akan meneruskan perjalanan menuju ke Stadium Merdeka
1:18

Ketua Pemuda UMNO, Khairy mengarahkan ahli-ahli mereka untuk memakai baju Patriot dan akan bergerak ke KFC di Bukit Bintang.


Lebih 1,000 penyokong Bersih mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.


Media dimaklumkan oleh sumber bahawa perhimpunan Patriot ditunda ke 1.30 petang dan bukannya jam 12.30 tgh berikutan ramai pemimpin mereka tidak hadir


Comment From BERSIH ITU SUCI
Khairy Jamaluddin ditahn.......cis bila depa nak tahan patriot
1:24

Comment From MR clean
Haaa pakai baju patriot adakah dikira Patriotik....rasanya PARROT je hua hua hua
1:27

Comment From MR clean
apakah yang sedang dilakukan oleh Najib & Rosmah selepas solat zuhur berjemaah ni???
1:28

Dr. Hatta, Saifuddin Nasution dan Mat Sabu hadir bersama-sama di depan Maybank Pudu. Mereka memberikan ucapan ringkas.Antaranya mahu SPR membersihkan daftar pemilih dan nama bertindih.
1:28

Comment From En.G.T.Low
Sememang nya saya ini apolitical. Sememang nya saya tidak sokong ataupun bantah agenda mana mana parti politik,tapi dgn kejadian yg kini yg mengancam keselamatan rakyat jelata dan menghancurkan ekonomi negara kita yg pada asas nya kukuh dan memberi suapan kepada kami(rakyat), saya mula merasa marah. Marah krn saya tahu, yg dilaungkan dan agenda tersirat oleh individu-individu tertentu itu ,bagai menyembuh air najis kepada setiap mangkuk nasi rakyat jelata. Bodoh nya mereka yg memikirkan ini sebagai sesuatu yg di anggap patriotik. Berpelajaran pulak dia orang ni..... Tidak kah mereka faham pada penghujung nya ,cuma segelintir kecil diantara mereka akan UNTUNG BESAR,dan mereka yg di jalanan ini akan hilang dari mata orang yg BERUNTUNG itu?? Bangun dari mimpi kamu ni, saudara dan saudari.oi... Tiada yg BAIK yg dapat di capai, sebalik nya MIMPI NGERI akan menjelma pulak.. Insaf la,Coba FIKIR dgn cara yg logik...Buat baik berpada pada, Buat Jahat jgn sekali..kan itu yg di ajar orang tua kita?? Tengok betul betul perbuatan kamu ini dan fikir lah,......ada Udang disebalik batu...sekian.
1:31

Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.
1:31

Comment From BERSIH ITU SUCI
ahhhhhhhhhhhhh
1:33

Wartawan wrlr.blogspot.com melaporkan jumlah yang berada hampir dengan stadium sudah mencapai 10,000 orang. Ini tidak termasuk mereka yang hampir 20,000 di depan Maybank Puduraya. Dijangkakan sekumpulan besar dari KL sentral juga akan mula bergerak bila-bila masa.
1:33

Comment From MR clean
ada otak tala pikir ha....bohong,ni bodoh punya olang....En.G.T.Low nampak PR je yg salah...umno tara salah,bodoh punya orang
1:34

Untuk masa ini, kesemua komen2 akan disable buat sementara waktu. Harap maklum.
1:35

Ahli Parlimen PKR dari Kuantan, Fuziah Salleh dilaporkan ditahan tadi
1:36

Polis mengesahkan seramai 540 orang telah ditahan setakat ini. setakat ini dilaporkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah ditahan tetapi belum disahkan lagi
1:36

Comment From BERSIH ITU SUCI
setuju mr clean
1:39
Expand
Hatta Ramli yang mengetuai perarakan dari Masjid Jamek melalui Puduraya
1:40
Expand
Kebanyakan penyokong Bersih bukan Melayu berjumlah hampir 10,000 orang mula bergerak dari Petaling Street
1:41

FRU dilaporkan mula melepaskan lagi gas pemedih mata dan water cannon ke atas peserta di laluan Puduraya
1:44

Lebih 300 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah secara percuma. Mereka mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka sambil menyanyikan lagi, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.
1:48

Dilaporkan polis melepaskan bom pemedih mata dan ramai yang pengsan dan ada yang lari mencari perlindungan di bangunan Bursa Malaysia berhampiran Maybank Pudu


Dilaporkan polis melepaskan bom pemedih mata dan ramai yang pengsan dan ada yang lari mencari perlindungan di bangunan Bursa Malaysia berhampiran Maybank Pudu

1:49
Expand
Tak water cannon FRU menyerang peserta di depan Maybank
1:50

Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.
1:51

2 helikopter terbang rendah di Pudu apabila peserta kembali berkumpul
1:52
Sidang Media oleh Bersih dan Pakatan Rakyat di Hotel Hilton KL sebelum mereka bergerak
1:53

Mat Sabu disahkan ditahan tadi. Setakat ini, IPK memberitahu 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.
1:56

Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong
1:57

Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.
1:59

Hujan renyai2 dilaporkan turun di KL. Para pemimpin Bersih sedang bersedia untuk meninggalkan hotel KL Hilton untuk membawa kumpulan peserta dari KL Sentral ke Stadium Merdeka
2:02

Hujan renyai2 mula turun di KL. Pemimpin Bersih dan Pakatan akan mula bergerak ke Stadium Merdeka bersama-sama kumpulan dari KL Sentral
2:04

Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai di depan Menara Maybank untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.
2:10
Peserta bersih yang ramai di Jalan Pudu
2:12
Expand
Lagi gambar ribuan peserta Bersih
2:13
Lagi peserta Bersih puluhan ribu '1Malaysia' semua kaum
2:15

Hujan semakin lebat tetapi peserta Bersih dilihat tidak berganjak. Polis memberi amaran kepada mereka supaya bersurai tetapi tetap tidak berganjak. Ada yang mensyukuri hujan sebab hujan telah menyebabkan gas pemedih mata larut dan air dari water cannon juga meresap.
2:18

Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank

2:18

Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank
2:19

Anwar Ibrahim, Ambiga, Hadi Awang, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama penyokong Bersih keluar dari Hotel KL Hilton untuk berarak bersama-sama para penyokong mereka ke KL Sentral sebelum menuju ke Stadium Merdeka.
2:21
Expand
Puluhan ribu membanjiri jalan Sultan dan Jalan Petaling yang kebanyakannya peserta bukan Melayu
2:23

Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Hanya kurang 500 orang sahaja menyertai himpunan Patriot
2:24

Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2:25

Dilaporkan juga satu himpunan berasingan diadakan di KLCC dan ramai oleh peserta Bersih. Polis gagal mengawal dan berakhir dengan tembakan gas pemedih mata
2:28

Terkini: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula ditahan polis
2:36

Hadi Awang kini bergerak ke Menara Maybank manakala kumpulan Patriot kini disembur dengan gas pemedih mata di persimpangan jalan Pudu dan Jalan Bkt Bintang
2:38
Expand
Polis mengejar para peserta Bersih yang melarikan diri
2:40
Khairy yang berada bersama Patriot di Bkt Bintang


:43

Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan polis semasa mahu keluar menuju ke Stadium Merdeka. Seramai 600 orang dilaporkan sudah berada di luar Stadium Merdeka sementara menunggu beribu-ribu lagi yang dalam perjalanan dari arah2 yang berbeza
2:46

Peserta dari lebuh Ampang sekitar 2000 orang kini memasuki Dataran Maybank dan menyertai kumpulan yang besar
2:50

Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral. Antaranya yang berundur sendiri ialah Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin Pakatan
2:53
MP Batu, Tian Chua yang ditahan
2:54

Kumpulan Patriot kini hanya tinggal kurang 200 orang sebaik sahaja melepaskan diri dari serangan gas pemedih mata polis tadi
2:57

Khairy Jamaluddin dan Lokman Nor Adam dilaporkan ditahan polis tadi
3:00

Pihak polis masih melepaskan gas pemedih mata ke atas Bersih dan Patriot. Mereka juga mengejar para peserta dan kini dilaporkan di depan Maybank dan Pudu sahaja lebih 30 orang ditahan. Abdul Azez Patriot juga dilaporkan ditahan
3:02

Polis masih melepaskan gas pemedih mata ke atas Patriot dan Bersih. Abdul Azez dari Patriot dilaporkan ditahan.Sivarasa sedang mengemudi kumpulan di Maybank untuk meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka.
3:04

Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.
3:05

Disahkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Pantai Dalam, Nurul Izzah telah ditangkap polis
3:07

Sasterawan Negara, A. Samad Said berjaya dalam kumpulan kecil melepaskan diri ke Stadium Negara
3:11

Polis serbu masuk sebuah hospital bersalin di Pudu untuk memburu peserta Bersih yang disyaki berlindung di situ
3:14

Polis bertindak kasar ke atas wartawan dari TV Selangor, Radzi Razak yang mendakwa beliau dipijak2 oleh polis.
3:15

Saifuddin Nasution kini berada di Puduraya dan para pendemo di kawasan itu masih lagi bertahan
3:19

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com
3:20

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berdarah di kepala dan cedera di bahagian lutut
3:39

Patriot dilaporkan mengaku kalah dan membuat kenyataan untuk menarik diri daripada berhimpun dan menuju ke Stadium Merdeka. Kelihatan hanya 100 ahli Patriot kelihatan bersama Arman Adha semasa membuat keputusan itu
3:39
Khairy dibawa polis.Dilaporkan dibawa ke Pulapol
3:41

Satu lagi kumpulan Bersih diketuai oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa berjaya tiba di kawasan Stadium Merdeka
3:42

MP Shah Alam, Khalid Samad dilaporkan cedera di belakang kerana terkena tin gas penyembur dan kini sedang mendapat rawatan di hospital

Anwar dilaporkan dibawa ke Hospital Pantai kerana kecederaan
3:46
Expand
Serangan polis masih berterusan ke atas peserta Bersih di Menara Maybank
3:48

Pembetulan, Nurul Izzah tidak ditahan. Yang ditahan ialah kedua-dua adik perempuannya iaitu Nurul Iman dan Nurul Nuha,
3:53

Dilaporkan polis gagal mengawal kumpulan Bersih yang bergerak dari KLCC melalui Jalan Ampang untuk ke Stadium Merdeka. Dilaporkan polis hilang sabar dan memukul peserta Bersih di sana
3:53
Expand
Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham dilaporkan ditahan juga sebentar tadi
4:04

Anda kini boleh menulis komen dan bahan berita yang anda ada untuk dikongsi bersama di sini. Terima kasih
4:06

Comment From amon
truskan brjuang
4:06

Comment From Guest
teruk nya
4:06

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.
4:07

Comment From marcelsalo
anuar brahim..MENINGGALkan pencacai-pencacainye menuju ke kemana?hahahaha..bodo!
4:08

Comment From Guest
syukur di sabah tiadak apa-apa yang dilapor kan berkaitan BERSIH
4:08

Comment From bodoh UMNOK
menang, syok sendiri.
4:09

Comment From best
takde pun huruhara...yg buat huru hara polis je tgk setakat ni..
4:11

Nostalgianya dalam perhimpunan Bersih ialah akan tamat pada jam 4 petang. Setakat ini beberapa ribu orang berjaya juga sampai mencecah ke Stadium Merdeka. Hanya Patriot gagal mencapai usaha mereka kerana menyerah kalah apabila pemimpin-pemimpin kanannya ditahan. Kumpulan Pak Samad dan Husam Musa sudah sampai di Stadium Merdeka pada pukul 3.15 ptg tadi meskipun terpaksa melalui asakan-asakan polis dari banyak sudut
4:11

Comment From frenandez
SAngat memalukan negara sendiri...fuh!!!!!!!
4:11

Comment From marcelsalo
pas yg bongok badigol!hadi awang lagi la cam CIB.. je aku tgk..dah gedebe pakai lg plak baju kuning..dah mcm dugong..puak cino yg gelak suke tgk puak2 pas ni jd pencacai..
4:12

Comment From PESILAT TEMPANG
DGN BANGGA MENGAKU BERJAYA MENYAMPAIKAN MESEJ hi hi hi..baru jalan 200meter..:bermula dgn 500 org berakhir dgn 100..kalau tunggu sampai kul 5 tinggal bungkusan kosong aje..
4:12

Comment From Anti _Demo
Udah-udah le umat melayu...bersurai le
4:12

Comment From ?????
So,macam mana sekarang??update news....
4:12

Comment From nono
teruskan sampai gas pemedih mata pihak polis sudah kehabisan stock....hahaha....ingat diaorang aje yg power...rakyat lagi power...!!!!
4:14

Comment From bodoh UMNOK
tak ada duit buat apa jalan lagi
4:14

Comment From PESILAT TEMPANG
hi hi hi lu ingat macam geng kepala silat tempang ke...bermula 500 tak sampai 200meter tinggal 100..hi hi hi masyuknya tak seimbang
4:15

Comment From Djangos
Dah habis dah ka!? berjuang apa ni!? berjuang taik kucing, menyusahkan org d sekeliling saja. Cakap pong pang pong pang, habuk pun tarak, org utara kata "Sembang deraih"!
4:15
Expand
Anwar yang cedera terpaksa dibawa dengan pengusung ke Hospital Pantai
4:16

Comment From MOD
moderator dah penat tu..
4:17

Dilaporkan tentangan adalah hebat di kawasan KLCC kerana jumlah yang menghadiri kumpulan Bersih di situ semakin bertambah. Sementara itu, para peserta demo di kawasan Pudu dilaporkan sudah bersurai
4:17

Comment From Anti _Demo
balik rumah le ....buat malu kat pelancong aje...
4:17

Comment From Anti _Demo
malaysia dah cukup Bersih....dah
4:17

Comment From MusK
Orait guys, u r doin great,
4:18

Comment From say_no_to_demo_jalanan
ramai orang dalam dunia ni yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang ada sebenarnya.
4:18

Comment From bodoh UMNOK
gua mau duit duit
4:18

Comment From marcelsalo
anuar cedera je?nape x mampos skali kan sonang..kah3..yg betulnya si nuar ni blakon je..
4:18

Comment From gaman
huru hara di k.L bodoh teda kerja lain nak buat ... kami hidup aman di sabah hahahhaha
4:18

Comment From Anti _Demo
cuba duduk rumah layan Thomas & Friends ka...Wonderpets lagi senang

:19

Comment From Guest
ape ending nye nih.....
4:19

Comment From vendetta kuning
alamak kapitan anwar cedera d kepala..
4:19

Comment From Djangos
Sakit ka Dato sri? biasa la tu nak jadi hero, mesti la kena dulu, Tak payah buat muka sedih la.... tak dak penyakit cari penyakit, dah dapat sakit pandai2 la berubat.
4:19

Comment From marcelsalo
jgn balik dulu..layan demo lbh2..br mantap
4:19

Comment From hidup bersih
Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.
4:19

Comment From negaraku
anti demo ni bangang rupanya hati dah kotor kene bersihkan nie
4:20

Comment From SILOP
ape ending nye nih.......tak besh la cite tergantung nih
4:20

Comment From hidup bersih
akhirnya berjaya juga sampai ke istana
4:20

Comment From bodoh UMNOK
nanti orang orang besar masukbilik hawa dingin , orang kecil kecil diluar sana terkial kial demo.
4:22

Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
4:24

Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai di Pasar Seni kerana mengetahui matlamat sudah tercapai
4:25

Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran berhampiran Stadium Titiwangsa. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen. Tidak nampak kelihatan Ibrahim Ali
4:31

Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
4:34

Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4:46

Comment From yellow nazi..anti goverme
this is gud..keep up the gud work..
4:46

Comment From hidup bersih
bodoh! mereka berjuang untuk satu malalysia tak fahamkah engkau org ni
4:47

Comment From SILOP
KJ tak kene ke??
4:48

Semua tertumpu ke KLCC yang dikatakan berkumpul lebih ramai. FRU di Pudu dan Masjid Jamek semua ke sana pula. Apapun, daripada semua halangan ini oleh polis, Pak Samad telah berjaya sampai ke pintu Istana Negara dari Stadium Merdeka
4:49

Comment From Suara Rakyat
What's the latest update?
4:49

Comment From yellow nazi..anti goverme
black parade,yellow parade,asal parade..kita sokong haha
4:49

Comment From sembilan naga
alhamdulillah tahniah kpd semua peserta bersih anda telah mlakukn sesuatu utk melihat Malaysia mnjadi lebih baik,Malaysia milik kita semua(rakyat Malaysia)kita mesti memperbaikinya
4:53

Natijahnya kita lihat mmg benar Bersih dapat menghimpun berpuluh ribu orang dari setiap arah masuk yang akhirnya ramai bergabung di Puduraya. Tetapi sudah sah hanya 300 orang sahaja Patriot dapat kumpulkan. Orang2 Melayu Bersih banyak turun dari arah Masjid India, Jalan TAR, manakala orang Cina dan India Bersih datang dari arah Jalan Petaling dan Jalan Sultan. Mereka tiba di Puduraya. Sementara itu di KLCC, para peserta lebih bersifat campuran semua bangsa. Tetapi bagi Patriot, majoritinya ialah pemuda UMNO sahaja. Pemimpin Pemuda MIC, MCA dan Gerakan tidak nampak pun memimpin mereka. Bagi Perkasa pula, walaupun Ibrahim Ali suruh turun jalan2 di sekitar Titiwangsa, hanya nampak 20 orang sahaja.
4:55

Comment From yellow vendetta
riot..kadang kala membuka mata kita lebih luas daripada sedia kala..
4:55

Comment From xbrain
bersih turun kerana ada agenda namun yg lain turun hanya di paksa atau dosogok,,,lihatlah keadaan sebenar
4:56

Comment From lapan Naga
Tahniah bodoh apernya ....baik apernya ....hancur kl dibuat nya...duduk rumah elok 2 makan cekedi ka....kan senang duk demo kat jalan...org nak bw kerete pun susah....cuba jadi org melayu yang boleh menjaga negara agama dan baangsa
4:56

Comment From si katak
nampaknya si KATAk tak boleh mengekwang lagi.hahahaah
5:05

Comment From orgkuat
diam ko lapan naga kima!!
5:06

Comment From xbrain
hancur kl? bagaimana dgn kehancuran rakyat selama ni? kita sudah berhutang berbillion anda tautak? siapa nak bayar semua hutang ni? dgn adanya bersih sy pasti Malaysia akan bangkit semula
5:06

Comment From negaraku
lapan naga ni pun satu bengong padan pun rakyat malaysia obesiti asyik mkn cekedi lapan hari lg nak mati kot
5:06

Comment From yellow vendetta
riot la kamu seminggu lagi..
5:07

Keadaan di KLCC nampak lebih teruk. Jumlah mereka di KLCC dikatakan mencapai 30,000 orang menyebabkan bangunan KLCC terpaksa dikunci.
5:09
Expand
Himpunan semua bangsa '1Malaysia' di KLCC untuk Bersih berterusan
5:12
Expand
FRU berkumpul di depan Avenue K dekat KLCC
5:13

Comment From orgkuat
lapan naga bodo! nape tak gi sane bru awak dipijak2???
5:14

Comment From En.G.T.Low
Agak aman...begitu lah keadaan di kuala lumpur setelah kedua dua pihak berjaya menyampaikan agenda masing masing. Yang hendak disampaikan pula disini pulak oleh para penghuni bandaraya ini ialah ,dgn ini harap agenda yg akan dan hendak di tanggani dimasa akan datang boleh di bawa ke meja berunding pula. Biar kita sebagai Rakyat Malaysia di lihat sebagai bangsa yg beradab, berinteleksi tinggi, peneraju matlamat politik yg masih berpegang kpd prinsip hormat menghormati antara satu sama lain. Biarlah dunia belajar dari kita ini yg dapat bersatu walaupun matlamat kita bertentangan. Terima kasih dari saya sekeluarga kepada semua yg terlibat, tidak kira PKR ke, BN ke, Bersih ke, Pakatan mahu pun anggota keselamatan. Terima Kasih SEmua krn dapat mencapai keadaan yg tidak melampau. Harap kita semua dapat mempelajari sesuatu dari peristiwa hari ini. kesayangan kpd keamanan walaupun sedang bertelingkah, Kagum..........Kagum....!! Well done and Thank You for the Peace and Stability that follows..sekian
5:14

Comment From BERSIH ITU SUCI
caiyok caiyok
5:17

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
5:18

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
5:19

Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.
5:19

Comment From xbrain
nampaknya dah bermula rally bersih di luar negara...tv media asing sudah tau dan malam nanti akan kami melihat ralli kat luar negara...
5:19

Comment From BERSIH ITU SUCI
suhakam macam suruhmakan jer.......buat ler sesuatu
5:27
Gambar Anwar selepas kumpulannya diserang Polis
5:29
Jumlah penyokong Bersih yang dikatakan di luar anggaran awal walaupun KL dikawal dan sukar dimasuki
5:33

Adalah dilaporkan pihak polis dan FRU mula beredar dari KLCC. Kelihatan ada penyokong Bersih yang bersalam dengan pihak anggota Keselamatan sebelum beredar. Wartawan wlrl.blogspot.com memaklumkan pihak penganjur Bersih berterima kasih atas sokongan kali ini yang jauh lebih ramai dari Bersih 1.0 tahun 2007 dan juga telah meminta semua bersurai dengan aman. Sekian sahaja laporan dari KL-Today.com sejak jam 10 pagi tadi. Terima kasih atas masa dan sokongan para pembaca kami yang mengikuti perkembangan Perhimpunan Rakyat 9 Julai 2011
5:33

Comment From No Name
Tahniah di atas kejayaan menggerakkan Bersih 2.0.. Semoga mesej rakyat yg mahukan spr telus mencapai matlamat..
5:33

Comment From sembilan naga
tahniah jgk kpa anda yg berjaya duduk dirumah dn makan cekedi sja ari ni,sbb tu la anda tk tau apa2 ttg 8 tuntutan bersih wlupun anda lapan
5:33

Comment From syukur.
melihat kelibat pak samad..syukur masih ada yg berani bersuara....untuk apa semua ni pak samad?untuk memalukan negara di mata pelancong?...untuk berkata benar walaupun pahit.itu shj.
5:39

Comment From BERSIH ITU SUCI
TAHNIAH
5:40

Comment From Suara Rakyat
Stupid syukur, BERANI!! i rs pelancong pun terharu!! rakyat bersatu!!
5:56

Comment From kamal
Thniah wira n wirawati negara kerana telah berjaya keluar n ' walk for free' kali ini utk bersih 2.0.........l

No comments:

Post a Comment