Saturday, July 16, 2011

Kerja Pembantu Pejabat tapi belanja kenduri anak lebih RM 45 000

Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita ini membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram (BERSIH 2.0)itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.00 untuk penyediaan catering kenduri kahwin anaknya..

RM45,000.00 untuk katering kenduri kahwin dengan 3000 jemputan?? Biar betul!!..

Macam belanja kenduri anak-anak Datuk saja padahal kerja sebagai pembantu pejabat saja..

Lagipun sejak bila pula kenduri kahwin telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan? namapun dah kenduri.. amal jariah tu.. kalau nak untung jangan buat kenduri!!

Ayat ini menunjukkan beliau tidak ikhlas dengan apa yang dikatakannya sebagai sedekah itu.."Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang,ASD

Komen :

1: Apa jenis manusia kamu ni wahai Kamariya? sedekah dirasakan satu kerugian. Kalau kamu bersedekah kerana terpaksa memanglah rugi. tapi kalau kamu sedekah kerana ALlah, tiada yg rugi malah ALlah akan balasi sedekah kamu berlipat ganda nanti. Pendeknya perkiraan kamu. Bertaubatlah kerana kamu melakukan sesuatu bukan kerana ALlah.

2: Berjuang utk kepentingan ummah satu kesalahan ke? BERSIH berhimpun utk menuntut keadilan dan ketelusan di dalam pengurusan pilihanraya negara yg impaknya menentukan jenis dan kualiti kepimpinan negara di masa mendatang.

Puan Kamariya telah berasa marah hanya kerana dirugikan dgn kos ketering $45.000 sahaja. Rakyat Malaysia lagi berhak marah kerana dgn jenis dan kualuiti KERAjaan kini negara telah mengalami kerugian berbilion ringgit dan tergadainya banyak harta negara kerana dayusnya KERAjaan yg ada kini.

Rakyat marhaen terdesak kehidupan mereka tetapi sang pengkhianat bertopeng pemimp[in hidup mewah.Bertaubatlah wahai Puan Kamariya kerana kamu jelas menyokong kebatilan KERAjaan Be End dan menentang ma'ruf yg diusahakan oleh BERSIH.


Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya

KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.

"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.


Lidah Rasmi UMNO

3 comments:

  1. Buat pe tumbuk anwar,sepatutnya najib yang patut kena tmbuk..pasai dia lah yg srh pak polis2 tu tutup jalan...

    ReplyDelete
  2. apasal plak orang x leh datang.. kat tengah tengah kl polis buat roadblock boleh jek datang .. haahahahahahaha berpuluh ribu lagik

    ReplyDelete
  3. sbnar ny dia cuma mngmbil kesempatn dn dia di guna kn olh pencacai umngok.bkn ny dia tau amenda BERSIH tu pun.knp DSAI jd ssaran dia bkn Anbiga?klau gitu dia kna le tumbuk semua yg hadir ke hmpunan tu,krn mnyrtai BERSIH.tntng blnja knduri smpai RM45000 tu,jwpn hmpir sma dgn cara FLOM utk mndpt kn cincin brlian tu,MENABUNG.

    ReplyDelete