Saya menyanjung tinggi keputusan BERSIH yang telah memuktamadkan lokasi himpunan di Stadium Merdeka jam 2.00 petang 9 Julai ini. Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri akan merasa yakin bahawa mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya, bahkan juga kerajaan BN akan membuka mata bahawa rakyat menuntut perubahan segera sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diadakan.
Walau tidak dinafikan, ada dikalangan penyokong BERSIH yang kecewa dengan beberapa tindakan kompromi sebelum ini, tapi kita perlu bersangka baik bahawa BERSIH 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.
Tinggal pemimpin BN yang lidah bercabang. Sekejap kata nak bagi stadium, sekejap kata BERSIH tak boleh mohon sebab tak berdaftar, sekejap kata tak boleh guna stadium sekitar Lembah Kelang, sekejap kata gunalah stadium di negeri Pakatan Rakyat. Sekejap kata boleh berhimpun tapi tak boleh pakai baju BERSIH. Ini orang Terengganu kata, kluk klek! Mereka nak permainkan kita sehingga pengikut bawahan mula keliru. Di sinilah kebijaksanaan dan ketegasan pimpinan terserlah. Kompromi ada hadnya.
Jesteru semua peringkat pimpinan perlu bergerak segera memobilasikan rakyat dengan tempoh yang ada. Ayuh keluar dengan baju BERSIH tanpa ragu dan keliru. Biarkan polis dengan tugasnya, dan kita dengan agenda kita.
Semalam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, seolah-olah zaman darurat. Melaui jalan pantai, sekatan pertama polis di Padang Nenas, sekatan kedua di Batu Rakit, sekatan ketiga di Bari, sekatan keempat di Saujana, sekatan kelima di sempadan Kuala Besut-Semerak dan sekatan terakhir di Jalan Tok Bali-Melawi. Untuk apa semua ini?
9 Julai khabarnya Najib akan keluar negara. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini yang puncanya saya cukup yakin bukan bermula dari peserta Himpunan BERSIH, mungkinkah berulang lagi episod kambing hitam sebagaimana Musa menjadi kambing hitam kepada Mahathir dalam peristiwa Memali. Siapa yang akan dikambing hitamkan. Muhyiddin, Hishamuddin atau Rais? Berhati-hati sebelum bertindak! Sekali lagi diingatkan, pemerintah yang berkonfrantasi dengan kehendak dan hasrat rakyat tak akan ke mana.
Dr Azman Ibrhim
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu
http://www.drazmanibrahim.com
No comments:
Post a Comment