Wednesday, July 27, 2011

Nasib 40 pemuda dari ulama UMNO kepada 'Pengganas'


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU4mKQGDMmKMCwiOHXZ8cjPCemrLB0hZzbEiduzu6E2vTQAUcOuFZWRLmyYjI5IA2CWTLRzJFxCOg6NclDpN2pT9QDv9IjstphGnu9rUMkmP8Y1-df94c3UJgGCAP9bIc6-1KafB1_s6Xe/s320/40+ulama+UMNO.jpg
SHAH ALAM 27 JULAI : Tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaitkan 40 ulama muda Umno dengan fahaman Wahabi dan terorisme kelmarin disifatkan sebagai habis madu sepah dibuang, walaupun sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, antara tindakan itu ialah apabila kumpulan ulama terbabit menyerang PAS berhubung isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) yang dinaungi isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor serta menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

"Tidak semena-mena, setelah Ulama' Muda Umno mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas," ujarnya.

"Ternyata usaha Ulama' Muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata - rata,"katanya.

"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," katanya dalam satu kenyataan media.

Namun, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" untuk beliau menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.

Isnin lalu Malaysiakini melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas mufti Perlis Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.
Menerusi laman blognya semalam, Nasrudin turut mempersoalkan mengapa Pemuda Umno tidak membela kumpulan itu walaupun pada masa sama mempertahankan Dr Asri.

"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.

Ujar Nasruddin lagi, walaupun beliau mengenali sebahagian daripada anggota ulama muda Umno itu namun tidak tergambar difikiranya melalui raut wajah dan sosok tubuh mereka, bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.

"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya," ujarnya.

"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu,"tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment