Friday, July 29, 2011

PAS Parit Buntar cari RM 82 000 untuk dana Ramadhan

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image037-3.jpg?t=1251353332PARIT BUNTAR , 29 Julai : Program Infaq Ramadhan Al Mubarak Kawasan Parit Buntar merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS Kawasan Parit Buntar serta Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba.

“ Beberapa golongan yang dikenalpasti pihak kami akan salurkan bantuan iaitu fakir miskin, anak yatim, mualaf, pesakit di hospital, masjid, pegawai masjid , guru al-Quran dan guru Pasti

“ Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tahun ini adalah sebanyak RM 82,000.00. Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk barangan keperluan untuk sambutan Eidul Fitri, jamuan anak yatim dan wang ringgit” katanya

Bahrain berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menjayakan program ini.

“ Sumbangan ini amatlah bertepatan dengan amalan sedekah amal jariah khususnya untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan.

“ Pada tahun lalu sejumlah hampir RM 70,000.00 telah berjaya dikumpulkan dan disalurkan kepada penerima. Namun pada tahun ini jumlahnya ditingkatkan bagi meluaskan lagi sumbangan kepada mereka yang layak menerima” katanya

Tambahnya, Jawatankuasa Infaq Ramadhan telah mula membuat kutipan derma sebelum bulan Ramadhan kerana dana infaq yang diperlukan besar .

“ Kita sudah mula mengedarkan pamplet program dan menjalankan kutipan dana infaq daripada orang ramai.

“Justeru itu, adalah besar harapan kami agar orang ramai di negeri Perak khususnya, dapat bersama menghulurkan sumbangan untuk program ini. Segala jasa baik penderma yang membantu menghulurkan sumbangan amatlah kami hargai” katanya

Bahrain berkata, orang ramai yang ingin membuat sumbangan untuk program infaq Ramadhan boleh disalurkan wang tunai, cek, dan wang pos melalui akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad bernombor 0801-0000839-71-1 di atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.

4 comments:

  1. INILAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN RAKYAT.

    KUTIP 82 RIBU, SUMBANGKAN BALIK
    ( SULIT )

    HE!HE!HE!

    UNTUNG...UNTUNG..

    ReplyDelete
  2. hang fitnah la luncai, nanti tangunglah di akhirat

    ReplyDelete
  3. BUKAN MACAM UMNO LUNCAI, MUHYIDIN JANJI 100 RIBU KEPADA AHLI PARLIMEN BN. SENANG JA BELASAH DUIT KERAJAAN LEPAS TU BERAPA YANG SAMPAI KEPADA RAKYAT.

    PAS PULA MINTA DARI RAKYAT, SERAH KEPADA ORANG SUSAH. DEPA TAK KAN TIPU SEBAB DEPA TAHU DOASA PAHALA.

    ORANG DAH PERCAYA KAT DEPA SEBAB BERTAHUN-TAHUN DEPA BUAT KERJA CARI DANA TOLONG ORANG SUSAH MASA RAMADHAN

    ReplyDelete
  4. Sulit apanya Lunchai ooiii.. kan ka ada perincian RM82k kat sidebar tu. Kat dalam blog aku pun aku dah bubuh.

    Bukan macam Umno, duit peruntukan kerajaan negeri mengaku Umno yang bagi.

    ReplyDelete