WarkahDaily – Misi kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2014 zon Asia buat skuad Harimau Malaya kini sudah tertutup apabila perlawanan malam ini dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil berkesudahan seri 1-1.
Malaysia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi rembatan kencang Safee Sali ke arah pintu gol Singapura selepas mendapat lorongan cantik dari Kunalan.
Namun beberapa minit kemudian, Singapura melakukan serangan pantas untuk menghukum pertahanan Malaysia yang sedikit leka sehingga menghasilkan gol menjadi 1-1. Peluang Malaysia pada awalnya nampak sedikit cerah, namun kesilapan pertahanan yang sedikit leka memberi sepakan gol mudah penyerang Singapura menewaskan Khairul Fahmi.
Keputusan seri memberi kelebihan buat Singapura yang berkelebihan dua gol di hadapan Malaysia ketika perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura tempoh hari apabila Malaysia tewas 3-5.
Maka Singapura layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia dengan agregat 6-4.
No comments:
Post a Comment