Wednesday, July 20, 2011

Tak cukup dengan luasnya hutan Sarawak, hutan di Australia pun dibelasah juga

Pada awal pagi ini, di kepulauan Tasmania, sekumpulan penunjuk perasaan muda telah menentang syarikat Ta Ann milik keluarga Taib.

Mereka telah menaiki sebuah bot yang sarat diisi dengan kayu yang telah ditebang oleh Ta Ann dari hutan mereka, kemudian mereka memanjat ke atas menara sebuah kren dan mengikat diri mereka di situ.


Dan, mereka inginkan seruan mereka didengar sejelas-jelasnya.


Mereka bukan sekadar menentang untuk mempertahankan hutan mereka dari dieksploitasi oleh Taib Mahmud yang tamak haloba itu, namun mereka bersatupadu dengan rakyat Sarawak.


Capaian Taib secara global telah menjadikannya lebih jahat di peringkat antarabangsa


Kempen di Tasmania terhadap Ta Ann merupakan suatu tanda berkembangnya kesedaran masyarakat antarabangsa terhadap Taib Mahmud.

Orang-orang asli di Sarawak adalah kaum yang pertama sekali mengalami kesengsaraan hasil kerakusan Taib meranapkan hutan belantara mereka.

Setelah Sarawak ketandusan kayu untuk ditebang, maka dia dan para kroninya mengembangkan operasi mereka ke luar negara.


Tasmania kini kian meningkatkan penentangan terhadap kegiatan berkenaan.


Syarikat Ta Ann dikendalikan oleh sepupunya, yang juga selaku proksinya, Hamid Sepawi, juga memiliki sepertiga kesemua saham di dalam Ta Ann yang telah disenaraikan sebagai syarikat awam.


Para pemerhati berasa terkejut apabila syarikat multi-jutaan dollar itu mendapat kebenaran kerajaan Australia untuk melabur dalam industri perkayuan di Tasmania, suatu industri yang suatu ketika dahulunya hampir terhenti.


Banyak persoalan ditimbulkan kenapakah kerajaan Australia sudi membayar syarikat Taib untuk meranapkan hutan mereka?


Pihak The Green Party pula mengatakan mereka tidak mendapat jawapan yang memuaskan.


Namun, Ta Ann pernah berjanji bahawa mereka hanya menubuhkan kilang perkayuan yang mendapat sumber dari hutan tanam-semula dan bukannya bergantung pada hutan dara Tasmania yang bernilai tinggi.


Tetapi, para pencinta alam pula berkata bahawa para pengurus kilang mengatakan bahawa kayu yang bermutu tinggi dari hutan tanam-semula tidak mencukupi maka mereka mendesak untuk menebang kayu keras dari hutan dara.


Hubungan politik yang kuat yang melindungi Ta Ann


Walaupun mendapat tentangan hebat dari orang-orang tempatan di Tasmania dan juga Australia, namun syarikat milik Taib itu terus mendapat perlindungan dan jaminan politik untuk menebang kayu di kawasan hutan di kawasan pedalamannya.

Industri perkayuan merupakan industri yang tertua dan ketinggalan zaman di Australia, tetapi masih wujud suatu ‘permintaan’ untuk ianya diteruskan.

Maka apa yang tercetus pada hari ini adalah para penunjuk perasaan itu telah ditentang oleh pihak-pihak yang berwibawa yang menggunakan taktik-taktik kasar dan juga bersenjata.


Para pembalak telah dibenarkan untuk mengancam penunjuk-penunjuk perasaan yang kebanyakannya dari golongan muda-mudi. Mereka berkata tunjuk perasaan secara aman yang mereka adakan itu telah dikatakan sebagai protes-protes yang ganas.


Tanda pengengkaran


Sebagai tindakbalas terhadap Ta Ann dan perkembangan beberapa tunjuk perasaan di sekitar kawasan pelabuhan-pelabuhan di Tasmania, pihak penguasa pelabuhan telah menutup kawasan mereka sejauh 50 meter kepada para penunjuk perasaan yang akan mendekati kapal-kapal pengangkut hasil perkayuan mereka.

Ini adalah suatu usaha menghalang tercetusnya tunjuk perasaan ke atas kegiatan ekspot Ta Ann.

Tunjuk perasaan yang diadakan pada hari ini adalah suatu isyarat pengengkaran bagi membuktikan bahawa dengan adanya pengawasan rapi ke atas kapal-kapal Ta Ann, kumpulan penunjuk perasaan tetap berjaya menaiki kapal-kapal Ta Ann bagi menyampaikan mesej mereka.

Kumpulan berkenaan yang kebanyakannya terdiri dari kaum wanita telah ditahan dan dibongkar.


Pihak-pihak berkuasa telah mencari dan merampas filem-filem, seolah-olah para penunjuk perasaan itu adalah penjahat dan bukannya rakyat biasa yang perihatin dan mewakili sebahagian besar rakyat mereka sendiri. Salah sebuah kumpulan telah ditahan.


Adalah dikhuatiri jika penentangan terhadap para penunjuk perasaan diperhebatkan maka persekutuan dan perpaduan di kalangan mereka dan orang-orang asli Sarawak akan bertambah kuat.


Usaha-usaha memusnahkan sekatan-sekatan jalan pembalakan tidak akan melemahkan kaum Penan dan kaum-kaum lain yang senasib dengan mereka di Sarawak yang telah lama kehilangan kawasan mata pencarian mereka akibat pembalakan di Borneo.


Begitu juga, layanan yang buruk tidak akan melemahkan semangat golongan muda Tasmania, yang dapat melihat kekayaan yang terjana dari hutan-hutan mereka dimusnahkan bagi mendatangkan kekayaan kepada keluarga Taib dan juga kroni-kroni mereka.JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment