Himpunan yang sepatutnya berlangsung dengan aman bertukar menjadi kecoh akibat tindakan polis membuat sekatan, menyembur gas pemedih mata dan memancutkan air berasid kepada orang ramai. Demikian Kenyataan Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid kepada media hari ini.
“ Cara pihak polis menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak tahu makna demokrasi.
“ Tindakan BN itu disifatkan amat malang bagi sebuah negara yang mengaku sedang menuju negara maju tetapi para pemimpinnya tidak tahu menghargai suara rakyat”katanya
Fakhrurrazi berkata, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyampaikan suara hati mereka agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara ini dilayan dengan amat kasar.
“ Apa salahnya jika pihak polis mengendalikan perhimpunan itu dengan baik, menanganinya dengan tenang di setiap tempat perhimpunan diadakan?
"Ini tidak, atas arahan kerajaan BN, pihak polis memilih untuk bertempur dengan rakyat dengan melakukan pelbagai keganasan terhadap para pemimpin Bersih, Pakatan Rakyat dan para peserta perhimpunan itu," katanya
Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis itu, katanya, jelas membuktikan kerajaan BN sudah ketinggalan zaman, walaupun para pemimpinnya lantang bersuara untuk membawa Malaysia ke arah negara maju.
"Tetapi dengan tindakan yang dilakukan itu, sesiapapun boleh mempersoalkan, mampukah para pemimpin BN membawa negara Malaysia kepada negara maju?
"Sedangkan hendak menangani perhimpunan aman yang diadakan oleh ratusan ribu rakyat pun gagal, jadi bagaimana para pemimpin BN hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju?" katanya.
Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, katanya, jelas membuktikan kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan terhadap politik di tanah air.
"Itu adalah suara rakyat. Bagi sebuah negara yang maju, suara rakyat amat dihargai oleh para pemimpinnya. Suara rakyat tidak akan disekat malah amat dihargai oleh para pemimpinnya bagi membawa negara ke arah yang lebih baik.
"Namun bagi para pemimpin BN, mereka begitu takut dengan suara rakyat, walaupun ia adalah untuk kebaikan. Mereka akan menghalang rakyat dari bersuara termasuk menerusi perhimpunan walaupun perhimpunan itu adalah perhimpunan aman," katanya.
Menurut beliau, perhimpunan Bersih ini memperjelaskan lagi kegagalan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.
”Umno dan BN mahu mengekalkan sistem pilihan raya yang ada sekarang bagi memastikan kuasa mereka tetap kekal.
" Jelas sekali tindakan ganas polis semalam dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan Umno dan BN dan bukan untuk keamanan negara" Katanya lagi.
Beliau juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kepada rakyat kerana menyalahgunakan polis demi menjaga kepentingan kuasa mereka dan parti mereka.
No comments:
Post a Comment