IPOH – Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menempatkan calon UMNO atau MCA di kawasan tunggal Parti Gerakan di Bacang, Melaka untuk meraih kemenangan umpama membangkitkan satu peperangan kepada parti itu.
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.
“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.
“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.
“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.
“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.
Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.
“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.
“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH
hoi pas bodo!
ReplyDeletenape ko kalut kan umno plak?
ko jage pas parti munafik
dulu haram bersama kapir
skrg semua halalun toyyiban tuh!
pas parti greja
gila undi
kihkihkih
ni pencacai umporno mana pulak marah2 bodo kat sini. Sahih tak posa sebab mudah buat dosa.
ReplyDeleteYe la yang kena tangkap makan bulan posa dlm kedai mamak kat penang pun puak umno la