Akhbar utama republik itu, Kompas, dalam editorial pengarangnya yang jarang berlaku mengulas penonjolan Rosmah Mansor dan melaporkan cincin berlian tersebut bernilai AS $ 24,4 juta!
Akhbar itu turut mendakwa Nooryana Najib, anak pertama pasangan Najib-Rosmah yang berusia 22 tahun itu bakal berkahwin dengan keluarga yang punya hubungan dengan mafia Russia.
Menurut Kompas, ibu mertua Nooryana memiliki hubungan dengan kongsi gelap Eropah.
Memang ia bacaan sensasi tetapi tidak sedikitpun hal tersebut yang belum dibisikkan lagi ke seluruh Malaysia.
Pertama, cincin itu sendiri, yang disifatkan Rosmah hanya sebagai gosip, tidak memerlukan perhatiannya, dipercayai sebahagian daripada mas kahwin Nooryana dan hadiah istimewa kepada Rosmah, yang terkenal dengan selera kemewahan melampaunya itu.
Malah sebelum cerita cincin ini dan cerita pemilikan unit paling atas (penthouse) pangsapuri mewah di New York menjadi tajuk utama berita, Rosmah sering dipersoalkan oleh penggubal undang-undang Pakatan Rakyat di Parlimen kerana perbelanjaan membazir Rosmah dalam lawatan luar negara, seringkali bersama rombongan pengiring yang besar dalam penerbangan kelas pertama yang menggunakan perbelanjaan awam.
Belati Umno siap tertancap untuk Najib
Betapapun menjengkelkan Rosmah yang berusia 60 tahun itu kepada rakyat Malaysia, tetapi pendedahan-pendedahan terkini yang memburukkan Rosmah itu sebahagian besarnya muncul akibat perebutan kuasa di dalam parti pemerintah Umno.
Senario politik tempatan telah mengetahui bahawa Najib dan Rosmah mahu kekal untuk satu penggal lagi.
Namun prestasi buruk Najib dengan hampir tiada apa-apa pencapaian dan kejayaan besar sejak mengambil alih dari Abdullah Badawi pada bulan April 2009 telah membuatkan rakan-rakan dalam partinya itu tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepadanya pintu keluar dari pemerintahan.
Penganalisa politik menyatakan 4 puak berminat untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno yang dijangka bakal berlangsung selewatnya tahun hadapan.
Mereka termasuklah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Putera Kelantan, Tengku Razaleigh, malahan Adullah Badawi juga.
Sudah tentu, tidak mungkin kesemua keempat-empat mereka akan bertanding tetapi sebaliknya mereka akan cuba untuk menewaskan antara satu sama lain – melalui semua cara dan kaedah – sebelum pertandingan rasmi bermula.
Untuk skandal terkini yang disiarkan di Jakarta, beberapa media UMNO - bergantung kepada puak mana yang disokong mereka – secara tergesa-gesa menyalahkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana membocorkan berita.
Bagaimanapun, pembantu Anwar berkata ianya tidak benar, meskipun mengakui populariti Anwar amat tinggi di Indonesia, tetapi pengaruhnya tidaklah sampai untuk dapat menyuruh perintah membuat laporan berita di Kompas.
Memandangkan musuh-musuh Najib yang paling dekat kini dari dalam partinya sendiri dan bukannya dari Pakatan Rakyat, maka hal ini dapat diterima akal.
Malah, pemerhati UMNO bertaruh bahawa terdapat beberapa hubungan dengan Abdullah, melalui anak menantunya yang bercita-cita tinggi, Khairy Jamaluddin.
Walau bagaimanapun, mereka juga membuat spekulasi barangkali ianya kerja penyokong Muhyiddin atau bahkan Razaleigh walaupun peluangnya semakin tipis.
Mereka menyatakan apabila Najib dan Rosmah mula-mula pergi ke Kazakhstan atas lawatan rasmi, Khairy merupakan orang pertama yang memberitahu seluruh dunia Twitter di Malaysia untuk ternganga atas keberanian pasangan ‘pertama’ negara tersebut.
Najib dan Rosmah telah didakwa oleh ahli-ahli politik pembangkang sengaja menjadualkan lawatan rasmi mereka untuk membawa rombongan besar tetamu peribadi bagi menghadiri pesta pertunangan anak perempuan mereka dengan Daniyar, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayez.
Ibu Daniyar, Maira, merupakan isteri kepada adik bekas presiden Kazakh iaitu Bolat Nazarbayev.
Sekarang sangat jelas Najib yang dicemari skandal semakin tidak digemari. Muhyiddin mempunyai sokongan Umno paling tinggi dari broker kuasa, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang juga sedang mempertimbangkan Razaleigh.
Ibu mertuaku Mafia?
Manakala itu, Kompas, yang merupakan akhbar dengan pembaca paling luas di Indonesia, melaporkan bahawa “Maira Nazarbayev, yang hidup dengan gaya hidup ala Imelda Marcos dikatakan memiliki hubungan dengan mafia Russia.”
Akhbar itu turut menyatakan dakwaan cincin Rosmah itu, yang tidak dinafikannya secara langsung, memang miliknya.
Rosmah hanya menyebut bahawa tidak berbaloi untuk dia menjawabnya
“Apakah cincin bernilai USD$24 juta (RM71.15 juta) ini akan membuka pintu perubahan dan pendemokrasian di Malaysia?
Hanya rakyat Malaysia yang boleh menentukannya,” tulis Kompas.
Media UMNO juga telah cuba untuk menyalahkan pemilik kedai Jacob & Co kerana melibatkan Rosmah yang tidak bersalah dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Ya, selain daripada Anwar, mereka juga mencela hubungan Maira dengan kongsi gelap dan mengaitkan kesemua hal ini dengan pemilik Yahudi Jacob & Co.
Jika benar dakwaan mereka, maka ibu mertua Nooryana telah menjadi penjenayah!
Apakah boleh untuk anak perempuan kepada pasangan ‘pertama’ Malaysia mengahwini sebuah keluarga dengan jaringan Mafia global?
Hal ini sudah tentu menuntut penyiasatan. Malaysia sudah mendapat malu kepada pihak berkuasa dunia ekoran isu penggubahan wang haram.
Untuk selanjutnya terus dikaitkan, apalagi secara langsung seperti yang didakwa melalui keluarga ‘pertama’ Perdana Menteri, maka ia memerlukan kajian semula tentang kesesuaian Najib sebagai pemimpin tertinggi negara.
Semua dalam keluarga
Kebetulan, keluarga Najib juga tidak bebas daripada skandal.
Nooryana dan Daniyar perlu tabah dalam perkahwinan mereka dan mempunyai keyakinan dalam kasih sayang mereka dan tidak lemah semangat.
Persamaan dalam keluarga mereka dapat mengatasi perbezaan.
Pertama, Najib dipercayai telah menerima sogokan dari DCN penjual senjata Perancis pada awal tahun 2000 untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene dengan harga yang terlalu tinggi, sebanyak RM7.3bilion.
Pihak berkuasa di Paris sedang memuktamadkan siasatan dan perbicaraan mahkamah terbuka bakal bermula bulan depan.
Kemudiannya, keterkaitan urus niaga Scorpenes itu diikat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia yang cantik, berusia 28 tahun, yang dibunuh di bumi Malaysia oleh dua orang bekas pengawal peribadi Najib.
Mereka bahkan menggunakan bahan letupan tentera Gred C4 untuk mengebom hancur Altantuya, bagi mengelak untuk dikesan.
Namun, meskipun dua orang tersebut telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, soalannya masih tetap kekal, siapa yang mengarahkan mereka untuk membunuh Altantuya?JP
ni kes suke jaga tepi kain org ka?
ReplyDeletesudah2lah tu....
apa yg hang caka?
ReplyDelete