PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan satu laporan akhbar yang dipetik dari portal rasmi Berita Harian Online, berhubung isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. JHEAIPP rujuk sini [JHEAIPP].
Awal-awal lagi ReJaM© sudah menjangkakan bahawa isu ini akan dipolitikkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno demi meraih sokongan Melayu No Otak menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi.
Ternyata jangkaan ReJaM© tepat, salah seorang blogger terkenal gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memutar belitkan isu ini dengan mendakwa DAP berjaya menghapuskan azan dan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.
Gambar dan sumber berita yang dipetik dari Berita Harian, diputar belitkan untuk memperbodohkan orang ramai. Ini bukan tahap putar belit lagi ni, ini sudah sampai tahap fitnah! Tahniah, kerana membuat fitnah di siang hari dalam bulan Ramadhan.
ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu ini fitnah..."
Kenyataan MediaExco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang
YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011
PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH
Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.
Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.
Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.
Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.
Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid
sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.
Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh
mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.
Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…
"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)
Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.
Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.
Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.
saya tidak setuju dengan pengharaman bacaan ayat suci al- quran di pulau pinang.....dah bertahun perkara ini dilaksanakan tiba2 diharamkan..kenapa tidak dari awal? kenapa dulu tiada ulama yang tegur tentang perkara ini? bacaan al-quran sebelum subuh untuk memudahkan umat islam bangun sebelum azan subuh...tambah di bulan puasa bangun untuk bersahur.sedih dengan perkara ini.
ReplyDeletesangat tak setuju agama terpaksa direndahkan semata2 utk dapat undi....tafsiran hadis semata2 utk membenarkan kepentingan politik.biarlah PAS kalah asalkan jangan ISLAM kalah......sedih sungguh....
ReplyDeleteYg saya dok hairan bila azan dah berkumandang subuh2 tu puak2 yg membantah diatas dan seangkatan tidak pulak nak mai ramaix ke masjid berjemaah. hangpa ni kalau betul2 nak menegakan islam mai ramai2 kita berjemaah baru bkn islam gerun, ini tidak terawih dan subuh adelah 2 saf tu pun tak penuh mcm mane islam nak kuat, bila dilarang azan kuat2 meroyan marah kata anti islam. selama ni ade hangpa betul2 nak islam ke ? ape punya hapla?....
ReplyDeletebila pulak azan dilarang?ko ni tak sekolah ke,apa....isunya ngape tak bole kumandangkan bacaan quran...nak jaga hati org kafir konon....bincang bab ni,ni melencong cite bab ngape tak ramai solat berjemaah...jadi islam tak kuat,ngape tak cerita lagi ramai org islam main nombor,org islam makan riba,org islam tak solat...isunya sebeno.. hak milik eksklusif Islam selama ini dah kena tarik....itu je..
ReplyDeletePuak2 yang membantah, saya sarankan pi mengaji ilmu agama dulu...fatwa ini tiada kaitan dengan politik. Mufti lebih arif. Ustaz Ismail Kamus dah lama sentuh bab ini dalam kuliah beliau.
ReplyDeleteAbu Adam
Ustaz Ismail Kamus: Kesilapan / Ketidak Kesempurnaan - Best. !!
ReplyDeleteKesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan
Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati
dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah
beliau..
Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:
1. [b]Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik
utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana
memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa[/b]
[b]sunat tersebut[/b]...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan
tak nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum
solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. [b]tetapi hukum2 yg lain langsung
tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya.
Islam itu syumul (menyeluruh).[/b]
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi
dah.[b].HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang
di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,[/b]
[b]orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...[/b]buat apa nak kacau
mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh
sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat
bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan
sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab
menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau
nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan
tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke
masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..
4. [b]Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah
disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam
sembahyang nanti..[/b]begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu
baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja..
pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan
dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan
dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab
panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:
[b]Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah
sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan
takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda
menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat
dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan[/b]
[b]solat yang terbatal..[/b]Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir
seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan
syaitan..
Abu Adam
x pernah lagi aku dengar orang islam membantah bacaan ayat al-quran sebelum subuh....pernah ka owg islam ckap bacaan ayat quran sebelum subuh bising dan mengganggu?.setahu aku orang kafir banyak la bukan takat ayat quran azan subuh pun suwuh perlahan.nak jaga hati kafir...agama sapa nak jaga? jgn nak wat isu la.....dulu ulama umno ngan ulama pas pon x larang...skrg? agama jd politik
ReplyDeleteFATWA KEBANGSAAN
ReplyDeleteMemasang pita rakaman kaset bacaan al-quran.
Sosial/Syariah
Tarikh Keputusan: 9 Mar, 1982
Huraian Tajuk/Isu:
Hukum memasang pita rakaman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui pembesar suara sebelum sembahyang.
Keputusan:
Tidak dilarang untuk memasang pita rakaman bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sehingga ia tidak mengganggu orang-orang yang sedang melakukan ibadah.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
kan lebih baik manusia sendiri yang membaca Al Quran daripada pita yang di putarkan.Selalu nya manusia hanya berborak dan hisap rokok bila bacaan ayat Quran putarkan terutama waktu Maghrib.
ReplyDelete