Saturday, August 27, 2011

BUKIT KEPONG : Antara polis berkhidmat dengan penjajah dengan komunis yang memperjuangkan kemerdekaan

http://3.bp.blogspot.com/_xtMDoBpEzQQ/Sldf1OihXDI/AAAAAAAAAHQ/oLwUsBJQp4A/s320/bukit-kepong.jpg
Percayalah, filem Bukit Kepong akan ditayangkan di TV Malaysia , sempena MERDEKA. Nak burukkan Mat Sabu la, tapi hakikatnya polis di Bukit Kepong itu berjuang untuk penjajah bukan untuk MERDEKA.

Oleh:
AnakSgDerhaka

"Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum.

Lidah Rasmi UMNO melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Siapa pengganas dan siapa pula pejuang Negara sebenarnya dalam hal ini?

Pada sekitar Disember 1941,Bala tentera Jepun telah menyerang Malaya dan dengan begitu mudah mereka merampas penguasaan Malaya daipada British yang menjajah Malaya pada ketika itu.

Dan mereka menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki musnah di bom oleh tentera Amerika.

Dalam tempoh penjajahan mereka keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, penduduk Tanah Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun.

Itu adalah situasi pertama dan dibawah ini pula adalah situasi kedua.

Setelah Jepun menyerah, Pihak British kembali menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk Tanah Melayu yang berkerja pula dengan Penjajah British itu..

Ada antara mereka yang terkorban ketika bertugas untuk Penjajah British itu, antaranya ialah sepasukan Polis yang bertugas di Bukit Kepong dan mereka dikatakan sebagai pejuang Bangsa.

Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini..
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia
Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini..
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. - WikiPedia

Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu.

Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu?

Begitu juga Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Bagaimanakah mereka boleh dianggap sebagai pejuang bangsa sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah tali barut penjajah?

Apa bezanya mereka yang bertugas untuk Pihak Jepun dalam situasi pertama dengan mereka yang bertugas untuk Penjajah British dalam situasi kedua?

Hanya kerana mereka dari UMNO mereka dianggap sebagai pejuang bangsa walhal mereka adalah talibarut penjajah British yang berjuang menentang rakyat yang bangun menentang penjajahan British keatas Tanah Melayu pada ketika itu.

Sejarah jelas membuktikan pemimpin-pemimpin UMNO itu telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan penjajahan British pada ketika itu.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin UMNO bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada UMNO.

27 comments:

  1. BAGI PARTI SEKUTU APCO YANG HARAM JADI HALAL CONTOH PENYELEWENGAN HARTA NEGARA, YANG HARAM JADI HALAL DAN HALAL JADI HARAM BEGITU JUGA DENGAN HAK RAKYAT CONTOH BERKUMPUL SECARA AMAN JADI HARAM OLEH UNDANG-UNDANG ANAK HARAM ! MEMANG TEPAT SARANAN MAT SABU JIKA LIHAT SECARA TOTAL ,TAPI MEDIA PEMBODEK & PENJILAT AKAN BERTUNGKUS LUMUS MEMUTARKAN FAKTA & FITNAH ! BIASALAH KERJA-KERJA MEREKA !

    ReplyDelete
  2. Aewah datuk saya adalah bekas Tentera British. Walaupun tidak gugur di medan perang, namun banyak kali terlibat dalam perang dengan komunis.

    Yang dipertahankan adalah agama, bangsa dan negara.Bukan British.

    Saya dan isteri mengundi PAS pada PRU 12 dan menyesal melakukannya.

    Mat Sabu perlu meminta maaf kerana ternyata dia yang buta sejarah.

    ReplyDelete
  3. apa dah jadi...lupakan orang melayu 14 hari dibawah pemerintahan komunis...? dah lupakah bagaimana kekejaman komunis kepada orang melayu..? Pas dah melukakan hati pejuang2 melayu.

    p/s: melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  4. Teringat semasa zaman persekolah dulu tahun 1979.Aku bergaduh dengan rakan sekelas mengenai hal ini.Bagi
    aku semasa itu komunis menetang
    untuk kemerdekaan negara.Tapi kawan
    aku mengatakan komunis membunuh
    askarx kita.Apabila terjadi satu
    perisiwa sedih dimana Sunggala Camp
    kecoh dengan terbunuhnya beberapa
    anggota tentera diserang hendap
    semasa menaiki kereta katak dalam
    satu operasi aku mula berubah apabila melihat sendiri kereta katak yang berlubang ditembak
    komunis.Semenjak itu komunis bagi
    aku adalah musuh negara.Pada pakarx
    sejarah harap perbetulkan faktax.
    Komunis dulu menetang penjajah
    untuk kemerdekaan negara kita.
    Apabila negara sudah merdeka mereka
    ingin menjadikan negara ini negara
    komunis.Anggotax tentera kita yang
    gugur selepas negara kita merdeka adalah perjuang menetang komunis.
    Dan merekax yang gugur sebelum negara kita merdeka menetang komunis yang berjuang untuk
    KEMERDEKAAN NEGARA KITA ......?????
    Jangan celarukan fikiran generasi
    muda tentang fakta sejarah negara
    kita.

    ReplyDelete
  5. kena beza dua stiuasi sebelum dan selepas merdeka. Anon 18.20 adalah pencacai umporno belakon mengundi pas. komennya ada di blog lain

    ReplyDelete
  6. kalau memperjuangkan kemerdekaan kenapa harus bunuh orang melayu islam yang bekerja bukan untuk british tetapi untuk menjaga keamanan kampung,agama,bangsa dan demi menyara keluarga mereka. kenapa komunis membunuh ahli keluarga mereka yang x berdosa..?
    tolong jawab ahli2 pas yang menyokong komunis? kenapa anak dan isteri mereka dibunuh? kenapa?

    ReplyDelete
  7. Fakta sejarah yg terdapat dalam sukatan P&P di sekolah telah disesuaikan dengan corak pentadbiran kerajaan yang memerintah supaya mereka tetap menyokong kerajaan, iaitu UMNO/BN dan selamanya menjadi kurang cerdik.

    Pastinya sejarah awal ketamadunan manusia bukannya berasal daripada zaman Paleolitik, kerana nabi Adam berasal dari Syurga dan pastinya sudah mengenal apa itu PAKAIAN dan macam macam lagi disana yang serba lengkap.

    Dimana dalam sejarah yang kita belajar manusia pada zaman Paleolitik mereka digambarkan seperti BERUK, ini kerana untuk menyokong TEORI REVOLUSI MANUSIA yang kononnya berasal daripada keluarga BERUK. Tetapi kerajaan kita yang mengatakan negara kita adalah negara ISLAM membiarkan teori ini berleluasa dan pasti telah menyimpang jauh daripada AKIDAH ISLAM yang sebenarnya.

    Jika ketamadunan asal manusia pun kerajaan pesongkan, inikan pula sejarah asal kemerdekaan Malaysia yang sebenarnya.

    Penjajah itu bagaikan perompak, dan jika kita menyokong penjajah, itu bagaikan kita jika telah merompak TANAH AIR kita sendiri. Tetapi kerajaan telah cuba menyembunyikan FAKTA ini di mata rakyat Malaysia yang mereka didik supaya tidak mengetahui perkara yang sebenarnya, agar semua rakyat Malaysia akan terus menyokong pucuk pimpinan kerajaan yang memerintah daripada dahulu hinggalah sekarang.

    Akhir kata, bukalah mata kamu, minda kamu, akal kamu smua, dan gunakanlah semua anugerah itu yang membezakan kita semua daripada binatang. Kaji dan selidikilah dahulu sesuatu perkara itu dengan akal yang bebas daripada pengaruh mana mana pihak agar kita tidak tertipu dan terpedaya dengan FITNAH atau tipu daya manusia lainnya dan juga syaitan yang ingin menyesatkan kita dari dahulu lagi. Jangan terima sesuatu berita atau khabar angin itu tanpa usul periksa kerana kita akan tergolong dalam golongan yang jahil.

    ReplyDelete
  8. Teringat kata TGNik Aziz, komunis pun penjajah juga. Dia lawan Inggeris bukanlah untuk memerdekakan Malaya tetapi untuk menjajah Malaya. Contohilah Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin, Pak Sako dan lain-lain sebagai pejuang tulin. Kepada pemimpin PAS yang kononnya berfikiran terbuka sangat, fikirlah dulu sebelum bercakap. Jangan nanti terbelit dengan kenyataan sendiri. Saja-saja bagi peluru kepada UMNO. Kepada Bang Mat, berilah penjelasan segera.
    Black Area.

    ReplyDelete
  9. bukankah ISLAM melarang membunuh perempuan dan kanak-kanak dalam peperangan? apakah dalil PAS untuk membela komunis yang membunuh isteri dan anak2 polis bukit kepong?

    p/s:adakah boleh untuk kemerdekaan?

    ReplyDelete
  10. Pembetulan Anon 20:11

    Penjajah itu bagaikan perompak, dan jika kita menyokong penjajah, itu bagaikan kita *juga telah merompak TANAH AIR kita sendiri. Tetapi kerajaan telah cuba menyembunyikan FAKTA ini di mata rakyat Malaysia yang mereka didik supaya tidak mengetahui perkara yang sebenarnya, agar semua rakyat Malaysia akan terus menyokong pucuk pimpinan kerajaan yang memerintah daripada dahulu hinggalah sekarang.

    ReplyDelete
  11. nak tahu apa fakta yang disembunyikan? FAKTANYA PIHAK KOMUNIS MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN DENGAN CARA MEMBUNUH WANITA2 ISLAM ANAK2 ISLAM....ADAKAH KEMERDEKAAN BEGINI YANG KITA MAHU?

    ReplyDelete
  12. jawab la ahli2 PAS penyokong komunis.....kenapa komunis bunuh isteri dan anak2 polis bukit kepong? JAWAB..?

    ReplyDelete
  13. x boleh jawab kan...x pa la.len kali nak sokong 2 kaji la dulu cara komunis memperjuangkan kemerdekaan.....memang memperjuangkan kemerdekaan tapi kalau guna cara yang x betul mana boleh sokong.

    p/s:matlamat tidak boleh menghalalkan cara.sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  14. kesimpulannya membunuh orang Islam tak boleh hatta dalam perang ikut pandangan diatas. Jadi polis malaysia yang bunuh Ust Ibrahim Libya lebih teruk dari komunis sebab membunuh walaupun bukan dalam perang.Pemimpin UMNO yang beri arahan itu lebih teruk perangai komunisnya

    ReplyDelete
  15. siapakah yang mengarahkah orang melayu jangan bangun menentang bintang 3 di Johor kalau bukan pemimpin UMNO masa itu.Ini adalah fakta sejarah.

    UMNO ambil kesempatan putar belit sejarah. Sekarang kita berbincang tentang fakta sejarah bukan persoalan nak sokong komunis.

    Kenyataan yang kata Mat Sabu sokong komuunis dikeluarkan oleh Utusan Meloya pastinya putar belit. jadi tanya Mat Sabu kenyataan sebenarnya

    ReplyDelete
  16. kalau nak cakap tentang fakta sejarah...jangan menjadikan perang dibukit kepong sebagai sandaran yang komunis memperjuangkan kemerdekaan....kerana dibukit kepong jelas cara komunis zalim walaupun tujuanya atas sebab kemerdekaan.

    p/s:jaga la perasaan orang yang kehilangan keluarga masa perang dibukit kepong.

    ReplyDelete
  17. meh den nk mnjwb..sng ja..perlu disebut di sini bhwa x semua pejuang2 komunis tu org islam..rmai di antara mrka adalah bukan islam y memeperjuangkan kemerdekaan melalui cara gerila.whai pengecut2 y xbrani nk tunjuk nma den nak gtaw la~berani krana benar, takut kerana salah....
    kpd anonymous 18:24,sbb komunis menyerang kaum melayu waktu itu adalah kerana mereka menyokong dan membantu tentera jepun..bca la sejarah btol2~

    ReplyDelete
  18. Apa pula rasa perasaan anal cucu ust. Ibrahim Libya Dan pengikutnya yg dibunuh oleh polis hanya kerana tidal manu ditahan ISA undang2 ciptaan British.

    Mana tanggungjawap umno yg pemimpinnya mengarahkan pembunuhan itu. Umno hanya putar belt isu utk kepentingan sender. Konon polis yg mati dibunuh di built keeping Islam, sedangkan ust ibrahim Libya Dan pengikutnya yg dibunuh itu juga islam

    ReplyDelete
  19. Apa pula rasa perasaan anal cucu ust. Ibrahim Libya Dan pengikutnya yg dibunuh oleh polis hanya kerana tidal manu ditahan ISA undang2 ciptaan British.

    Mana tanggungjawap umno yg pemimpinnya mengarahkan pembunuhan itu. Umno hanya putar belt isu utk kepentingan sender. Konon polis yg mati dibunuh di built keeping Islam, sedangkan ust ibrahim Libya Dan pengikutnya yg dibunuh itu juga islam

    ReplyDelete
  20. Ckp psl komunis tentunya cina, tapi skrg org melayu pya lah BODOH menjelang Aidil Fitri berduyung2 melayu berbelanja menghabiskan duit di kedai org cina, betul ke tidak? cuba hangpa yg anti sgt komunis fikir sikit... ngape hangpa nak kayakan org cina? peniaga cina skrg kebanyakan nenek moyang, tok2 mrk adelah bekas komunis jgn tak tau Melayu Hoi.... Tak leh hangpa boikot peniaga cina, baru peniga melayu kaya seterusdnya bangsa hangpa jugak kaya baru boleh kontrol ekonomi malaysia... Cuma tengok Hypermarket. supermarket NSK berebut2 melayu bagi duit kat cina... sah MELAYU MUDAH LUPA...

    ReplyDelete
  21. pencacai umporno ni kononnya anti cina tapi sebenarnya bohong, depa la jadikan orang cina kaya. Vincent Tan, Tokey Judi Genting, Tokey IPP semuanya kaya kerana UMNO

    ReplyDelete
  22. sekarang anda menyokong komunis atau polis bukit kepong? tentang ust ibrahim libya beliau terkorban kerana ingin memperjuangkan NEGARA ISLAM...yang mana sekarang telah menjadi negara kebajikan atas alasan tiada negara islam dalam quran. kenapa dulu boleh guna negara islam sekarang x boleh? dulu x baca al-quran ka?

    p/s: kerana ingin undi kafir mereka sanggup menggantikan perkataan islam yang dah bertahun diperjuangkan.

    ReplyDelete
  23. Dulu mereka mengatakan mengundi orang kafir haram, bersubahat dengan orang kafir akan menjadi kafir.....sampai tahap mengkafirkan orang islam,tetapi sekarang semuanya berubah demi kuasa. bila orang bersubahat mereka jatuhkan kafir tetapi apabila mereka melakukan perkara yang sama boleh saja....tambah lagi besubahat dengan parti yang mereka cukup anti dahulu yang jelas menentang negara islam.

    ReplyDelete
  24. gile la dorang ni.. zaman dulu bangsa cina sndiri pun benci dan x suka komunis la.. dorang zalim sesama sendiri.. memaksa, membunuh.. ideologi hapuskan agama.. xyah nak belakon pandai pasal fakta² sejarah.. ni boleh tengok dgn mata kasar sendiri.. nak tengok macamne komunis ni zalim membunuh? cari kari ngeri blogspot.. search gerakan Nazi yang nak diwujudkan semula di rusia.. tengok macamne dorg sembelih org live dlm video..

    ReplyDelete
  25. jangan lupa seblum merdeka dulu pun, inggeris dah byk menolong tanah melayu, pengorbanan diorang juga x boleh diketepikan.. memberi kemahiran berperang, bekalan senjata.. yang membenarkan kita merdeka pun, inggeris juge.. wlaupun berat diorang nak melepaskan tanah melayu, akhirnya dengan kuasa Allah swt. yg Maha Kuasa, merdeka juga kita..

    takyah lah, pasal politik, sejarah yg dah berlalu diguna, diputar utk wujudkan permusuhan.. patut tenung ke hadapan, bagaimana nak satukan semua umat melayu semula kat negara kita yang dah semakin berpecah belah.. permusuhan kaum pun patut dicegah..

    ReplyDelete
  26. berpecah semuanya disebabkan umno melalui pencacai umporno. fakta sejarah dipecah-pecah, diputar belit hanya untuk kepentingan umno.

    ReplyDelete
  27. ingat.. gerakan Nazi telah kembali menular di Rusia.. mereka secara sembunyi mengganas di dlm hutan dan mangsa yg dibunuh kebanyakan orang² berkelah, pelancong, wanita, kanak² mahupun org tua termasuk org Islam.. video² pembunuhan dirakam serta diedar/upload internet utk menakutkan dan melemahkan pemerintahan sedia ada..

    x mustahil gerakan komunis boleh kembali mengganas di sini dengan cara yg sama..

    jadi, kembalilah pada penyatuan umat yg sebenar. tak perlu lah agama, kaum, sejarah diputar dan digunapakai utk kepentingan politik semata-mata.. byk lagi hal yg spatutnye dan perlu dibangkitkan utk kesejahteraan negara..

    ReplyDelete