Tuesday, August 2, 2011

Dr Mujahid edar Jadual Berbuka di Pasar Ramadhan

PARIT BUNTAR, 2 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk turun bertemu masyarakat sambil mengedarkan jadual berbuka puasa di Bazar Ramadhan Parit Buntar, Taman Kerian Permai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengunjung dan peniaga di situ yang dapat bertemu beliau sambil bertanya khabar.

Kira-kira 500 jadual diedarkan di kawasan ini sambil dibantu oleh Unit Amal Parit Buntar mengedarkannya.

Menurut Dr Mujahid "Ini adalah program rutin setiap kali menyambut Ramadhan. Setiap hari pertama Ramadhan kita akan turun berjumpa orang ramai mengucapkan Salam Ramadhan di Bazar Ramadhan sambil mengedarkan jadual berbuka puasa."

Lebih 150 gerai terdapat di sini. Ini merupakan kali pertama tapak di Taman Kerian Permai digunakan sebagai tempat Bazar Ramadhan memandangkan tempat yang lama agak sesak dan banyak projek pembangunan sedang rancak dibina.

Turut sama bersama Dr Mujahid adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, dan Penyelaras Unit Amal Parit Buntar, Zainuddin Osman.

No comments:

Post a Comment