Thursday, August 4, 2011

Liwat Fasa 2: Mengapa Najib dan Rosmah takkan datang mahkamah??

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/08/najib-rosmah-saiful.jpg?w=240&h=140Terdapat suatu hal tentang mahkamah yang menakutkan Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kenapa?


Kerana di dalam mahkamah undang-undang, apa saja yang anda katakan akan direkodkan sebagai rekod awam dan anda tidak akan berani berbohong di mahkamah terbuka, kecuali dengan sengaja berbuat demikian.


Justeru, apabila wujud isu untuk pasangan ‘pertama’ tersebut dipanggil ke kandang saksi dalam perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, kedua-dua Najib dan Rosmah mengambil jalan mudah – tunjukkan kami sapina (perintah mahkamah untuk hadir perbicaraan)!


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu mereka telah enggan untuk bekerjasama.


Temubual biasanya dijalankan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.


"Mereka telah menolak untuk datang ke mahkamah, bagi ditemuramah oleh pihak pembelaan melainkan jika mereka telah disampaikan sepina," Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah.


Kemungkinan besar, Najib dan Rosmah telah diberi taklimat oleh Peguam Negara, yang memberi jaminan kepada pasangan ‘pertama’ bahawa segalanya berjalan dengan baik untuk bersembunyi di sebalik perkara teknikal.


Kedua-dua suami isteri tersebut didakwa menetaskan tuduhan liwat terhadap Anwar dalam usaha untuk mencemar dan menjejaskan kerjaya politiknya.


Sapina atau saman ini dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengkehendaki seseorang itu menjadi saksi di mahkamah. Ia diperuntukkan di bawah Seksyen34 (1) Akta 593 Kanun Acara Jenayah.


Najib dan Rosmah bersembunyi di sebalik perkara teknikal ini.


Kedua-duanya tidak diwajibkan untuk hadir ke mahkamah sehinggalah apabila hakim menandatangani perintah saman tersebut.


Kehakiman terkongkong sejak tahun 80an


Sedikit perkara berkenaan teknikal ini memperkuat hakikat bahawa Badan Kehakiman di Malaysia berada dalam keadaan lemah bahawasanya undang-undang dan peraturan ditentukan oleh beberapa kerat elit yang memegang jawatan tertinggi di negara ini.

Krisis perlembagaan Malaysia (juga dikenali dengan krisis kehakiman 1988) merupakan siri peristiwa yang bermula dengan perhimpunan agung parti United Malay National Organization (Umno) pada tahun 1987 dan berakhir dengan penggantungan serta seterusnya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas daripada jawatannya.

Mahkamah Agung pada tahun-tahun menjelang tahun 1988 telah semakin bebas daripada campur tangan cawangan-cawangan lain dalam kerajaan.

Kemudian muncul perkara-perkara yang menjadi persoalan di fikiran bilamana Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.


Dia amat percaya kepada ketuanan cawangan eksekutif (pelaksana dasar dan undang-undang) dan cawangan legislatif (cawangan pembuat dasar dan undang-undang).


Ramai yang melihat pemecatan Salleh Abas dan dua orang hakim Mahkamah Agung sebagai penamat kebebasan kehakiman di Malaysia. Tindakan-tindakan Mahathir pada ketika itu dikutuk diperingkat antarabangsa.


Sejak tahun 1988, terdapat desakan berterusan untuk tinjauan semula secara rasmi terhadap tindakan kerajaan sepanjang krisis tersebut.


Pada tahun 2008, Menteri Undang-undang Zaid Ibrahim berkata kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada hakim-hakim yang dipecat, menyebut tindakan kerajaan semasa krisis tersebut sebagai “tidak wajar”.


Tidak lama kemudian, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memanggilnya sebagai suatu krisis negara yang tidak pernah pulih, lantas mengumumkan bayaran pampasan ex gratia kepada para hakim yang dipecat dan digantung tugasnya itu.


(Ex gratia merupakan istilah Latin yang merujuk si pembayar tidak perlu menanggung tanggungjawab dan bebanan undang-undang)


Meskipun kesemua hal yang diatas telah dilakukan oleh pemimpin sebelum Najib, ia tidak mengembalikan kehakiman kepada keadaan asalnya.


Malah, Najib sendiri telah berjaya memanipulasi mahkamah agar tidak dipanggil sebagai saksi – meskipun penglibatannya dalam kedua-dua kes Scorpenes dan Liwat II amat ketara.


Asas yang kuat memanggil pasangan ‘pertama’


Anwar Ibrahim memiliki asas yang kuat untuk memanggil Najib dan Rosmah untuk tampil sebagai saksi.


Ini kerana ianya akan mendedahkan apa yang dibincang dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri kepada Saiful, apabila dia bertemu Najib di pejabatnya, tiga hari sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

Najib pada peringkat awalnya menafikan bahawa dia mengenali Saiful, sepertimana juga dia mengaku tidak kenal dengan gadis cantik Altantuya, berusia 28 tahun, yang dibunuh dua orang pengawal peribadinya pada tahun 2006.

Hanya apabila keluar gambar yang menunjukkan Saiful dengan pembantu peribadi Najib di pejabatnya, maka Najib menarik balik kata-katanya dan menyatakan dia bertemu Saiful serta menawarkan nasihat bagi tindakan Saiful yang seterusnya.

Najib juga terlibat dengan kes rasuah kapal selam Scorpene, yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya.

Siasatan setakat ini berada pada tahap terakhir dan pendengaran kes di mahkamah terbuka akan bermula dalam bulan September.


Selaku Menteri Pertahanan yang meluluskan urus niaga dengan DCN, firma penjual senjata Perancis itu, maka dia perlu dipanggil sebagai saksi di mahkamah Perancis.


Jika Najib memilih untuk tidak mempedulikan perintah mahkamah tersebut, akibatnya dia boleh didakwa kerana melanggar perintah mahkamah.


Berbeza dengan kehakiman Malaysia, mahkamah Perancis tidak akan menyapu keingkarannya di bawah karpet.


Namun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, adalah amat menghairankan dan timbul persoalan kenapa untuk Najib dan Rosmah tidak mahu membuktikan mereka tidak bersalah di mahkamah undang-undang.


Mungkin ia disebabkan hakikat bahawa di mahkamah Malaysia, pertimbangan tidak bersalah itu diletakkan pada bahu yang tertuduh.


Seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan kesalahannya.


Oleh kerana kedua-dua Najib dan Rosmah menolak untuk hadir ke mahkamah, bolehkah sesiapapun menyalahkan rakyat Malaysia daripada memikirkan hal yang paling teruk – bahawa mereka sememangnya bersalah!!JP

No comments:

Post a Comment