Ketika mengumumkan kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai transformasi pilihan raya, Perdana Menteri Najib menyebut bahawa beliau dan kabinetnya tidak mahu jadi Perdana Menteri dan menteri yang tidak jelas disokong rakyat.
Ia adalah semangat dari amalan demokrasi di mana-mana jua dan bagi siapa jua yang menganut dan mengamalkan demokrasi. Ia bukan sekadar suatu yang Najib saja mahu tetapi itulah yang dituntut oleh semua orang dan semua bangsa dulu, kini dan selama-lamanya.
Negara kita akan jadi aman jika Najib dan sesiapa juga yang jadi Perdana Menteri berfikir dan berpegang dengan apa yang Najib kata itu.
Kata Perdana Menteri itu adalah betul tetapi yang betul itu tidak akan jadi betul jika ia tidak dibuktikan.
Najib mesti membuktikan dulu apa yang diucapkannya itu sebelum orang boleh bercaya dia berpegang kepada kata-katanya itu.
Setakat ini Najib tidak dapat dipercayai bahawa beliau berperang kepada kenyataannya itu.
Bukti dia tidak berpegang pada cakapnya itu dapat dilihat dari kejadian di Perak menjelang dia jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Dia mencabul amalan demokrasi seperti yang dikatakannya itu sebaik dia menjadi ketua Umno sementara di Perak menggantikan Tajol Rosli dan selepas menjadi Presiden Umno dia jadi ketua Umno Selangor, diyakini mahu menjadi Selangor seperti yang telah berlaku di Perak.
Di Perak jelas dalam PRU 12 Mac, 2008 Barisan Nasional tidak mendapat sokongan rakyat. Yang memegang kuasa majoriti di Perak ialah Pakatan Rakyat yang masa itu belum diwujudkan.
Sama ada tiga ADUN Pakatan Rakyat yang hilang dan kemudian dijumpai menjadi ADUN Bebas, jadi begitu kerana mainan politik Najib atau mereka secara siuman atau kurang siuman rela lari dari Pakatan Rakyat, terbukti rakyat Perak setahun sebelumnya tidak menyokong BN.
Sekali pun tiga ADUN itu kemudiannya tidak menentang kerajaan BN yang ditegakkan di negeri itu, keputusan rakyat di negeri setahun sebelumnya menolak BN.
Ini demokrasi sebenarnya ada pada rakyat telah membuktikan untuk tempoh lima tahun ialah mereka menolak BN. Ajaran dan amalan demokrasi yang disetujui dunia, sokongan rakyat atas sebuah kerajaan itu ialah selagi tiada pilihan raya baru diadakan.
Kerajaan Perak yang ada sekarang adalah kerajaan yang ditunjuk oleh Istana dan BN pimpinan Najib tetapi ia belum dibuktikan disokong oleh rakyat seperti yang Najib sebut ketika membuat kenyataan dia tidak mahu jadi PM yang tidak disokong rakyat.
Baru setahun rakyat Perak menyatakan tidak menyokong BN secara jelas, Najib menegakkan Menteri Besarnya yang tidak diketahui disokong atau tidak disokong rakyat.
Adakah yang dia tidak mahu hanya jadi Perdana Menteri dan menteri yang tidak disokong secara jelas oleh rakyat, untuk menjadi Menteri tidak mengapa tanpa sokongan jelas rakyat?
Katakanlah ketika tiga ADUN di Perak itu sudah membebaskan dirinya dari kerajaan masa itu, maka dalam keadaan semasa sudah tidak jelas kerajaan pimpinan Nizar itu disokong rakyat, tetapi pada masa itu juga tidak jelas Zamri Abdul Kadir disokong rakyat.
Katakanlah keadaan itu tidak jelas, tetapi Najib menyokong pembentukan kerajaan yang tidak jelas juga. Apabila kes di Perak itu dibawa ke mahkamah, Najib lebih rela menyokong kerajaan yang ditegakkan oleh mahkamah dari kerajaan yang asalnya disokong oleh rakyat secara jelas.
Kemudian dia beralih ke Selangor. Berbagai pergolakan berlaku di Selangor. Adalah dipercaya jika boleh apa yang berlaku di Perak hendak dilakukan juga di Selangor. Mungkin tidak bertujuan begitu, tetapi dari bacaan politik dia boleh dipercayai bertujuan begitu.
Oleh kerana satu ADUN saja di Selangor yang lari dari Pakatan tiadalah dapat gantikan kerajaan yang sah itu dengan satu kerajaan yang tidak disokong secara jelas oleh rakyat.
Najib juga cuba ganggu di Kedah hingga seorang Exconya dari kaum India terpaksa meletak jawatan. Tetapi Pilihan Raya Kecil di Kedah itu dimenangi juga oleh Pakatan Rakyat. Setahun selepas kerajaan di Kedah itu ditegakkan, terbukti rakyat menyokongnya lagi.
Jika kejadian di Kedah dalam masa setahun itu rakyatnya tetap menolak BN, maka kemungkinan rakyat di Perak juga sama masih bersama Pakatan.
Dalam keadaan tiga ADUN di Perak berubah kedudukan, berlaku keadaan yang jelas di sebelah Nizar dan tidak jelas juga di sebelah Zamri. Dalam keadaan semuanya tidak jelas, yang s ewajarnya Najib mesti bersetuju kepada satu pilihan raya baru supaya Perak dapat sebuah kerajaan yang jelas disokong rakyat.
Tetapi Najib memilik untuk menegakkan sebuah kerajaan yang tidak jelas disokong rakyat. Ini berlawanan dengan kenyataannya konon tidak mahu jadi Perdana Menteri yang tidak jelas disokong rakyat.
Justeru itu ada transformasi pada diri Najib sendiri.The Malaysian Insider
DI PERAK NI PAS TAK LAYAK BERCAKAP PUN. MENANG 6 KERUSI BISINGNYA SATU DUNIA,
ReplyDeleteHE!HE!HE! DAH LAH GITU SAMPAI SEKARANG MENGAKU MB.
wlpn 6 kerusi jadi MB bukan mcm umporno beli katak nak jadi mb haram jadah
ReplyDeletealahai luncai, lu ni memang haramjadah ke atau anak haram
ReplyDelete