Pada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kita hidup secara harmoni.
Akan tetapi pada penulis pemaparan tarian dan aksi kebudayaan ada yang tidak mencerminkan budaya sebenar antara etnik negara ini kerana tarian dan persembahannya bukan mengambarkan tradisi klasik sesuatu etnik sebaliknya persembahan tarian etnik yang kontemporari.
Persembahan ambang kemerdekaan disamping menunjukkan kolaborasi persembahan antara kaum, unsur klasik dan tradisi asal amat penting ditonjolkan terutama untuk mengungkit nilai retro dalam sejarah. Sejarah adalah perkara retro yang membina pentas dunia hari ini.
Penidakan fakta yang benar, fakta yang hidup, norma yang sebenarnya maka sejarah telah diseleweng dan pembinaan negara bangsa ini juga mungkin bermasalah dari segi jatidiri.
Isu pasca lebih domina daripada isu sebelum merdeka،
Penulis berbangga dengan Malaysia dan berbangga kerana menjadi sebahagian masyarakat Malaysia . Namun begitu penulis masih jengkel dengan cara media, pertubuhan kebudayaan dan sesiapa sahaja yang bertindak memeriahkan kemerdekaan negara dengan unsur sejarah yang dipencongkan atau dikurangkan. Sebagai contoh, semangat kemerdekaan dijelaskan hanya disignifikasikan dengan jasa-jasa 5 perdana menteri negara pasca merdeka. Sememangnya isu pengisian kemerdekaan adalah isu penting dalam mengambarkan erti merdeka sesebuah negara. Akan tetapi isu retro bagaimana merdeka diperjuang adalah terlebih utama diceritakan. Lebih menyedihkan apabila isu Darurat 1948-1960 diungkit berlebih-lebihan sedangkan ianya isu tinggalan penjajah untuk memecah belahkan kesatuan bangsa di negara ini[1]. Kita menceritakan Komunis adalah musuh utama negara dan ia dikaitkan sebagai mehnah dalam mencapai kemerdekaan. Jika isu pasca merdeka yang tragis dikatakan isu merdeka dan perlu diungkit, kenapa isu 13 Mei takut untuk diungkit? Kenapa isu penindasan terhadap rakyat Memali tidak mahu diceritakan semula. Bukankah rakyat Memali dianggap penderhaka negara? Mereka dituduh Komunis oleh beberapa Pegawai Polis Sungai Petani. Jadi mengapa isu pasca ini tidak mahu dianggap isu yang perlu dikupas dalam setiap diskusi, pementasan atau ceramah kemerdekaan.
Gelombang pertama yang memulakan api juang،.
Isu Retro pertama yang WAJIB dikupas dan dipentaskan adalah gelombang pertama perjuangan kemerdekaan iaitu golongan pembesar tempatan dan ulama،¯. Mereka seperti Mat KIlau, Dato،¯ Bahaman, Tok Janggut, Dol Said, Raja Mahdi, Rosli Dobi dan sebagainya dianggap penderhaka Sultan oleh British. Sejarah ini dipercayai bulat-bulat oleh orang Melayu terkemudian apabila silibus ilmu alam dan ilmu tawarikh yang ditulis oleh British dan diajar dalam sekolah Inggeris dan sekolah vernakular tempatan. Gelombang pertama inilah pemula rantai perjuangan merdeka.
Memang ada jasanya Kementerian sekarang apabila buku teks sejarah mula mengatakan bahawa mereka ini sebenarnya pejuang merdeka dan bukannya penjenayah atau pengkhianat negara. Akan tetapi sekadar di dalam buku tidak mencukupi. Rakyat dewasa, belia dan remaja perlu disajikan dengan ungkitan demi ungkitan darah dan keringat mereka melalui sesi ceramah, teater dan sebagainya dan bukannya isu Komunis dan Darurat semata-mata.
Kebangkitan Gelombang Kedua; Warisan intelak Al Imam dan Al Ikhwan،
Isu Retro kedua adalah isu Gelombang Perjuangan kedua iaitu kebangkitan intelektualisme Tanah Melayu. Melalui penubuhan MCKK, masih tidak berjaya membuka kemandulan intelek Melayu untuk berjuang. MPSI adalah medah utama gelombang ini. Ishak Haji Muhamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Betong bersimpati dengan sikap dan keinginan beberapa pelatih guru di MPSI. O.T Dussek, pengetua MPSI yang bertanggungjawab membina intelektual melayu, menyalur bahan bacaan berkualiti dari barat dan Indonesia juga menjadi rantaian kebangkitan gelombang ini. Mereka yang menubuhkan Gerakan bawah tanah ،®Ikatan Semenanjung- Borneo،¯ telah mengasaskan KMM (Kesatuan Melayu MUda) kemudiannya. Tokoh-tokoh seperti Mukhtaruddin Lasso, Sutan Djenain, Pak Sako, Ibrahim Yaakob dan sebagainya telah memainkan peranan penting dalam menuntut kemerdekaan menjelang kehadiran tentera Jepun. Mereka membina rangkaian intelek warisan ulama،¯ seperti Syed Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan sebagainya.
Mengapa keringat dan air mata mereka tidak difilemkan? Tidak dipentaskan atau sekurangnya diwacanakan di media massa . Mengapa isu pasca yang dititik beratkan? Mengapa kemahiran 5 perdana menteri yang diangung-agungkan sedangkan usaha mereka adalah selepas mengalirnya darah, air mata dan dilema para pejuang ini. Labelan kiri yang diletakkan oleh penjajah kepada sesetengah pejuang yang radikan diteruskan hingga kini oleh kita.
Gelombang akhir penting tetapi bukan pemula perjuangan،
Pementasan teater, drama, filem atau apa sahaja pengisian Hari Merdeka lebih berminat menceritakan klimaks sejarah merdeka iaitu isu gelombang terakhir; UMNO yang menutup tirai perjuangan Merdeka. Sejarah perlu bercakap benar dan benarlah UMNO memang berjasa dalam mendapat kemerdekaan tanahair ini serta memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam pada awal kemerdekaan. Akan tetapi seperti filem hindustan, klimaks kejayaan hero menyelamatkan heroin tidak akan sedap ditonton jika aksi pergelutan, lawan-berlawan, aksi perit jerih hero pada awal filem tidak ditonton. Inilah sejarah. Dalam kejayaan dan watak pemenang akan ada yang tewas dan dipinggirkan atau dinafikan sumbangannya. Teater dan diskusi lebih dicanangkan perjuangan Melayu menentang Malayan Union. Adakah British hanya membawa agenda penjajahan (Malayan Union) selepas 1945 sahaja? Bukankah dalam beebrapa perjanjian London , Perjanjian Bangkok 1909 dan beberapa perjanjian antarabangsa menkonklusikan untuk meratah tanah-tanah umat Islam? Mengapa hanya perjuangan pasca 1945 seperti Malayan Union dibincangkan? Lebih malang isu Darurat iaitu isu pasca juga dibincangkan sedangkan banyak lagi tragedi rusuhan dan kontroversi kaum dan politik pasca merdeka yang merupakan warisan penjajah yang tidak dikupas bersama. Mengapa? Penulis sedih melihat senario ini berlaku. Apa yang kita harapkan? Adakah hanya cukup sekadar rakyat taksub dengan parti yang mengetuai klimaks kemerdekaan sedangkan kita buta sejarah, menghina pejuang merdeka, buta tradisi dan sekadar berhibur sahaja di malam merdeka atau lebih malang sekali, perayaan merdeka hanya diadakan untuk mengelak malu dengan menteri-menteri dahulu yang mengadakan perayaan yang serupa (sekadar perayaan ritual sahaja).
Sebenarnya isu Darurat bukan tidak penting signifikannya kepada sosial Malaysia . Akan tetapi pertembungan dalam Darurat adalah dimulakan oleh British. Dalam Darurat bukan sekadar Komunis yang ditangkap tetapi pejuang Hizbul Muslimin, API, PKMM dan AWAS turut diborong tangkap. Mereka dituduh sebagai penyokong Komunis dan agen Komunis Indonesia . Walaupun memang ada pengaruh sosialis dalam perjaungan radikalis Malaya akan tetapi ia sekadar menjadi frame work untuk mereka berdielektik dengan penjajah Inggeris, kerana idea sosialis dan komunis lantang mempertahankan marhain. Akan tetapi pengisian mereka adalah jauh berbeza dengan ideologi asal sosialis kerana mereka masih anak watan yang beragama, berbudaya dan kerana sayangkan tanahairlah mereka sanggup bermatian menentang Inggeris dengan senjata. Mengapa tidak kita jelaskan isu pertembungan Cina-Melayu selepas penjajahan Jepun adalah disebabkan pecah dan perintah Inggeris dan juga Jepun. Bukannya Cina dan Melayu suka untuk bergaduh sebegitu. Bukan kerana hanya ideologi Komunis, Cina boleh bertindak bermusuhan dengan Melayu. Mereka adalah mangsa kerosakan sosial akibat dasar ekonomi yang mencengkam mereka. Mengapa hal ini tidak dikupas? Yang digariskan hanya ،° Komunis itu ganas،± seolah-olah rakyat Malaysia ini semuanya berpemikiran pra-sekolah.
Simpul hujah،
Kesimpulannya penulis amat mengimpikan Malaysia yang akan menyambut kemerdekaan pada tahun akan datang dengan pengisian sejarah yang adil dan lebih mengupas isu retro sebagai akar kepada tunas kejayaan negara hari ini. Usahlah mementingkan parti politik tertentu sehingga sejarah menjadi kotor dan hilang nilai ilmiahnya. Sejarah sebenarnya juga bukan sekadar bahan ilmiah tetapi sejarah adalah pencetus momentum kejayaan bangsa Malaysia jika kita pandai mengendalikannya.
Muhamad Nuruddin Bashah
No comments:
Post a Comment