Oleh Aspan Alias
Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.
Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.
Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.
Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.
Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.
DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.
Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.
Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.
Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.
Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.
Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.
Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.
Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.
Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.
Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.
Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.
Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidyahnya.
Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.
Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.
Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.
Saya doakan agar perkiraan saudara akan menjadi kenyataan...Amin
ReplyDeleteaku pun harap begitu tapi dlmperkiraan sdr penulis nampaknya satu pihak shj. Pelan2 kontijensi di pihak PR bagaimana pula. Parlimen2 yg sedia ada dan juga yg terlepas dr tangan kerana melompat ke BN, sejauh mana peluang utk di pertahankan atau mungkin merosotnya undi di situ. Kena ingat, sentimen semasa tidak boleh di harapkan 100%. Dan inilah masaalah kebanyakan ahli2 maupun yg berangan nak jadi calon dgn 'sentimen' yg kononnya isyarat kemenangan. Kerja tak buat tapi bergantung hanya kepada sentimen. Peace
ReplyDeletesemoga semuanya mnjadi kenyataan... cuma semua wakil2 rakyat,yb2 dan ahli jawatankuasa jentera pilihanraya mesti bekerja dgn lebih kuat lg utk memastikan semuanya menjadi kanyataan.. BN dh trlalu teruk,semakin brkurangan harta2 keluaran negar dilelong oleh pemimpin2 rakus(umno/bn)..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteCANTIK PUNYA ANALISIS. APAPUN PENULIS GAGAL MELIHAT KEMEROSOTAN UNDI TERHADAP PAS DALAM BEBERAPA PRK TERKINI.
SETELAH PAS MENUKAR SLOGAN DARIPADA NEGARA ISLAM KEPADA KEGARA KEBAJIKAN, PAS SEBENARNYA TELAH HILANG SOKONGAN PENGUNDI TEGAR MEREKA.
KEGAGALAN SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN MELAKUKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARIPADA UMNO/BN PASTI AKAN MENGURANGKAN SOKONGAN KPD PAS.
PKR PULA KEKAL MEMPERJUANGKAN NUAR BRAHIM.
AKHIRNYA KITA AKAN MELIHAT ' KUASA ' DAP DALAM AGIHAN KERUSI YANG MENYAKSIKAN PAS SEKADAR MENJADI KUDA SEMATA MATA...
hang boleh mohong la luncai, pencacai umporno
ReplyDelete