Sunday, September 11, 2011

ANGKUT LAGI !!! 30 ribu hadiri Rumah Terbuka Malaysia

Bila aku menyiarkan satu laporan berita yang mengatakan 30 Ribu hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia (sila baca di SINI dan di SINI) ada penyokong Pakatan Rakyat kurang senang dengan laporan itu biarpun hakikatnya jumlah yang hadir sememangnya begitu , jadi kenapa aku perlu menafikannya?

Lagipun aku sendiri turut berada di sana dan ramai lagi sahabat yang menyokong Pakatan Rakyat turut serta dalam Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia itu.

Meskipun ada seruan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang menyeru agar penyokong Pakatan Rakyat hadir ke majlis tersebut dengan berpakaian kuning hanya beberapa kerat sahaja yang memakainya, itupun kerana mengiringi Guan Eng dan TKM1.



Selain dari mereka hanya Rais Yatim dan Isterinya sahaja yang berpakaian serba kuning. Najib pakaiannya juga kuning.



Najib masih tidak boleh mendabik dada berbangga dengan kehadiran 30 Ribu hadirin didalam majlis itu seperti yang dikatakan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh, Dato Jalil iaitu kami (semua yang hadir) menyokong Najib dengan sepenuh hati.

Malanglah Najib kalau beliau mempercayai apa yang diucapkan oleh Dato Jalil itu, kerana tujuan Dato Jalil itu sebenarnya hanyalah untuk membodek Najib supaya namanya disokong sebagai Calon untuk Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini sahaja.

Kalah pun tak apa kan Dato? Pasal peruntukannya lumayan….

Najib juga pasti tidak akan berbangga dengan kehadiran 30 Ribu di bumi Permatang Pauh itu, jika beliau tahu hakikatnya kebanyakkan dari mereka telah diangkut dengan sejumlah 60 buah Bas yang di sewa khas ke Majlis tersebut dari luar Kawasan Permatang Pauh.













Dan Najib pasti tidak akan berbangga jika beliau menyedari hampir 25% atau lebih dari 30 Ribu yang hadir itu adalah anak-anak yang masih belum boleh mengundi.







Lagipun jika benar 30 Ribu yang hadir itu menyokong Najib sekalipun mereka adalah pengundi di kawasan Permatang Pauh dan kawasan yang berhampirannya bukannya di Pekan, Pahang.


Ini dari PERKEP Seberang Perai Utara.

Bagaimanapun aku akui Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan jauh lebih Berjaya dari Majilis rumah terbuka DSAI pada 1 September lalu.. 30 Kali lebih Berjaya!

Dan aku juga berasa hairan mengapa ada pemimpin PKR yang sanggup mengeluarkan budget dengan segera untuk mengadakan Kenduri di sebuah Pusat Khidmat berhampiran dengan Sekolah tersebut untuk mengurangkan jumlah yang hadir kemajlis Rumah Terbuka Malaysia sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia itu?

Apa salahnya jika kita semua menikmati juadah yang sama? Sedangkan kita semua rakyat Malaysia...

Lihatlah lagi gambar bas-bas yang mengangkut orang ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia itu..ASD










3 comments:

  1. Pasal apa PASPB tak bagi kredit pada blog ASD . aku rasa artikel ni kluar dulu dalam ASD . ni komen aku dalam blog ASD

    aku setuju sangat dengan pendapat ASD . ramai yang hadir orang luar dan yang hadir tak melambangkan undi pun untuk BN . aku pun percaya ramai pemimpin BN yang setuju dengan pendapat ASD ni termasuklah Dato Jalil !!!

    yerlah kalau 60 buah bas diguna . satu bas muat 40 orang . satu round dah 2,400 orang luar diangkutnya . kalau 10 kali bas-bas tu ulang alik , tak ker 24,000 orang luar kat majlis tu !!!!

    orang tempatan berapa kerat jer . tu pun KERANA mengiringi KM . hadir kerana tugas tu beb , escort merchedes sikomunis Lim Guang Eng. yang lain tu pasal bawak budak-budak nak duit raya kot . adalah kerana nak buat liputan macam ASD !!! macam mansor othman kena lah hadir sebab si komunis LGE tu hadir . biasa lah ahli politik kan kena bodek boss walaupun ada majlis sendiri kat pusat khidmat . alaaa takat bazir 2 ekor lembu apalah sangat banding dengan jawatan TKM !!!

    BUatlah macam mana pun . takkan menangnya BN di permatang pauh . Najib pun tahu hal tu . apa yang rais yatim boleh buat cuma , BUAT MALU PKR jer kali ni !!!hehhehe

    ReplyDelete
  2. "buat malu PKR je le",itu lh sbenr ny tujuan asal mreka.nk malu kn DSAI.

    ReplyDelete
  3. Komen bodoh dari pencacai umporno

    ReplyDelete