KUALA LUMPUR, 2 Sept: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.
(Pejuang Uighurs adalah beragama Islam dan bercakap bahasa Turkic dan tinggal di Utara China iaitu di wilayah Xinjiang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan komunis China.)
Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007.
Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang pada Julai 2009.
Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka.
Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.
Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.
Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati.
Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini.
Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.
Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu.
Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.
Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu.
Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia.
Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.
HUJAHLAH ! DAH MEMANG HANGPA SUKA BERHUJAH. TETAPI LUKA HATI ANAK CUCU PEJUANG YANG GUGUR TETAP BERDARAH DENGAN CERAMAH PEMIDATO HEBAT HANGPA MAT SABU.
ReplyDeleteINILAH YANG DIKATAKAN KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.
HE! HE! HE!
APA PULA PERASAAN ANAK CUCU ORANG ISLAM DI MEMALI YANG DIBUNUH POLIS ATAS ARAHAN PEMIMPIN UMNO.
ReplyDeleteJANGAN PUTAR BELIT LA LUNCAI. UMNO TAK ADA HUJAH YANG ADA FITNAH. UMNO YANG BUAT HUBUNGAN DENGAN KOMUNIS, MAT SABU YANG DI TUDUHNYA