Thursday, September 15, 2011

Jangan berlakon untuk peras wang rakyat

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/bob.jpg?t=1257824210PARIT BUNTAR, 16 Sept. : Tindakan kerajaan yang menangguhkan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM dianggap sebagai lakonan kononnya prihatin dengan masalah rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, Perdana Menteri sepatutnya lebih tahu dan faham akan perkara yang kerajaan sendiri yang menaikkan caj bukannya langkah sengaja yang diambil oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

" Pihak syarikat telekomunikasi kini sedang berlumba-lumba merendahkan harga caj bagi memenuhi keperluan dan merebut pelanggan, dan menjadi satu persoalan kenapa tiba-tiba mereka akan naikkan caj enam peratus caj mulai 15 September ini.

" Ini sudah tentu mengorbankan berjuta-juta ringgit wang rakyat. Apatah lagi kebanyakan yang menggunakan tambahan nilai prabayar adalah golongan pendapatan rendah, pekerja kilang, pelajar universiti dan pelajar sekolah. Ini seolah-olah memeras wang rakyat" katanya

Hairul Nizam, sekiranya sebelum jumlah nilai tambahan dibuat RM10.00 untuk kegunaan seminggu, maka kini sudah RM10.60. Ini bererti setiap bulan mereka perlu membayar caj tambahan sebanyak RM2.40 sebulan.

" Inilah lakonan terbesar Perdana Menteri dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Sememangnya masalah negara rakyat tanggung dahulu. Sebelum ini tiada levi dikenakan kerana kerajaan tidak kuatkuasakan" katanya

Menurutnya, syarikat telekomunikasi tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan caj tanpa sebab.

" Kita minta supaya rakyat menolak pembayaran cukai tersebut jika terus dilaksanakan walaupun sekarang ditangguhkan.

"Ini merupakan testimoni awal kepada permulaan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudah tentu akan membebankan rakyat"katanya

Beliau berharap rakyat sedar dalam perkara ini.

" Kita tidak mahu kerajaan tidak bertanggungjawab mencari wang secara mudah dengan meletakkan beban tersebut kepada rakyat.

" Jangan peras wang rakyat kalau kerajaan tiada wang. Inilah bukti betapa lemahnya kerajaan kini dalam menguruskan dana rakyat"katanya

No comments:

Post a Comment