Tuesday, September 20, 2011

LAWAN JANGAN MENGALAH!!!Mat Sabu mengaku tidak bersalah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijsjiP-ovp_dgxy4UMxIj3adXxJUrkgjy_CnzciTgT6UGDCHPEFDYwVORZggHtOlOU600kWz7U3LhdaHzpuiuCrk1sn5SQZ4EutHOMzeFTUHgY5_UlRpvHHZFRb7R81bxr_xT1dASqA8Vs/s1600/mat_sabu.jpgBUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Mat Sabu berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

No comments:

Post a Comment