Thursday, September 22, 2011

PARIS oh PARIS!!! Pendakwaan kes Scorpene semakin dekat

Nasib Najib makin kelam
sebab pendakwaan skandal Scorpene
bakal difailkan tak lama lagi


Peguam kedua Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene, Joseph Breham akan berada di kota London pada 30 September ini.

Breham akan hadir bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu pada majlis mengumpul dana kes berkenaan yang kini difailkan di Mahkamah Terbuka Perancis, kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.


Menurut Cynthia, satu forum akan dianjurkan Suaram di mana Breham akan memberitahu perkembangan terbaru dan langkah yang diambil bagi mempercepatkan proses pelantikan hakim.


“Forum ini dibuat untuk warga Malaysia yang menetap di London dan mereka akan dijelaskan serta diberitahu perkara sebenar yang berlaku,”katanya.


“Sementara itu, kita sedang menantikan perlantikan hakim yang bebas di mahkamah terbuka,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.com.


Cythia sebelum ini berkata Breham tidak bercadang ke Malaysia bagi mengelak dihalau Jabatan Imigresen negara ini, seperti yang menimpa seorang lagi peguam lantikan Suaram, Wiliam Bourdon Julai lalu.


“Kita tidak dapat anjurkan lagi forum terbuka seperti ini kerana kita tahu kerajaan dibawah pemerintahan (perdana menteri) Najib tidak akan benarkan maklumat dikongsi kepada rakyat,” kata beliau.


Menurut Cyntha, beliau meletakkan sasaran seramai 500 akan menghadiri forum terbuka ini.


Joseph Brehem
Ops Scorpene’ dilancarkan Suaram bagi meraih dana siasatan kes yang difailkan di Mahkamah Perancis pada Disember 2010.

Ia melibatkan pemberian komisen sebanyak RM493 juta yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Komisen berkenaan telah mengheret satu pembunuhan kejam terhadap penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mempunyai skandal dengan Razak Baginda dan Najib Razak.


Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta.


Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.


Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.


Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam tersebut yang menyalahi undang-undang negara itu.

No comments:

Post a Comment