KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ahli-ahli Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat mereka sendiri berhubung ceramah Mohamad Sabu.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan Perkasa yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu.
“Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong Perkasa tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, ceramah tersebut dianjurkan oleh PAS dan telah diberi permit. Penceramahnya pula adalah Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.
Semuanya, ujar beliau dilangsungkan dalam keadaan terkawal dan secara sah.
Menurutnya, dalam suasana demokrasi di negara ini, setiap parti berhak mengadakan aktivitinya dan ahli-ahli Perkasa tidak seharusnya mengganggu majlis yang sedang berlangsung.
PAS, jelasnya telah menyatakan sokongan terhadap kenyataan Mohamad Sabu berhubung fakta sejarah negara.
Bahkan, kata beliau ahli sejarawan juga menyatakan bahawa Mohamad Sabu telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam pengkajian sejarah negara.
Katanya lagi, meskipun ada yang melihatnya dari sudut negatif, tidak kurang juga yang memandang kenyataan Mohamad Sabu dari sudut positif.
“Mengapa perlu ahli-ahli Perkasa melenting?” soalnya.
Katanya, DPPM melihat Perkasa sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.
Beliau menjelaskan, PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanah air.
“Ahli-ahli Perkasa tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan Perkasa sendiri,” ujarnya.
Menurutnya, PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga.
Akhirnya, kata beliau DPPM menegaskan bahawa hujah perlu dilawan hujah, bukan dengan tindakan ganas.
“Mengganggu program PAS serta memukul penyokong PAS adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran,” tegasnya.
DPPM, ujar beliau sama sekali tidak mengizinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan PAS akan tetap istiqamah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.
“DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran di sebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya,” katanya lagi.
Amaran kepada Perkasa NS dan Mejar (B) Bahalul, jgn ingat kami perajurit yg masih berkhidmat akan diam diri jika kalian cetuskan provokasi.. Ingat kami akan 'RAMBOKAN' kalian ahli perkasa dgn M16 jika ganggu Abg Mat.. INGAT Perkasa......
ReplyDelete