PELIK tapi benar, Mat Sabu yang juga timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS sekadar menyebut Mat Indera sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan akibatnya beliau diserang bertubi-tubi.
Hanya kerana hal ini, media-media propaganda United Malays No Otak seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Mat Sabu siang dan malam.
Tapi di dalam diam-diam Umno menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis dari negara China. Hal ini didedahkan oleh portal rasmi parti itu sendiri. Di bawah ini screenshot dari portal rasmi Umno [Umno Komunis].
Bukan itu sahaja, kerajaan United Malays No Otak, Umno juga telah meluluskan permit edaran akhbar komunis di Malaysia. Kerajaan telah membenarkan edaran akhbar suara rasmi Parti Komunis China edisi antarabangsanya untuk diedarkan di Malaysia sejak 2005 [Malaysiakini].
Adakah dosa Mat Sabu menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan lebih besar dari bekerjasama dengan komunis? Adakah dosa menyebut Mat Indera sebagai hero lebih besar dari membenarkan Komunis menyebarkan dakyah dan fahamannya di negara ini?
Inilah yang dikatakan "memburuk-burukkan orang supaya diri sendiri nampak baik". Mat Sabu cuma sebut Mat Indera hero, tapi diserang siang dan malam, sampai nak didakwa di bawah akta 505 (b).
Tapi Umno siap bekerja sama, dan membenarkan komunis menyebarkan dakyahnya di Malaysia tapi disanjung oleh gerombolan Melayu tiada otak.
ReJaM© "Pelik tapi benar, muncung berkokok ekor bergelumang taik..."
UMNO bangga parti itu dipuji Parti Komunis Cina
INILAH yang dikatakan muncung berkokok ekor bergelumang tahi. Di dalam kelantangan media-media propaganda United Malays No Otak menghentam Mat Sabu yang didakwa menyokong komunis, dalam diam-diam mereka bangga mendapat pujian dari pemimpin Parti Komunis Cina.Tinjauan ReJaM© di portal rasmi parti itu, Umno Online memaparkan tajuk besar "Umno dikagumi Parti Komunis Cina" [Umno Online].
Portal rasmi Umno itu melaporkan dengan bangganya bahawa sewaktu kunjungan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke China, beliau mendapat pujian dari para pemimpin Parti Komunis Cina.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing menurut portal rasmi Umno itu lagi.
Rupanya dalam diam-diam, pujian dari pemimpin Parti Komunis China menjadi satu kebanggaan kepada Umno, walaupun mulutnya lantang menentang tapi di hati berbunga-bunga dengan pujian Komunis.
Bak kata orang "Lain di mulut lain di hati". Sebelum ini Umno pernah melahirkan rasa bangga melalui timbalan presidennya yang mengatakan "Amerika mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh" rujuk sini [TPM]. Di mulut bantai Amerika, di hati bangga dapat pujian.
ReJaM© "Kata benci, tapi siap buat kerjasama dengan komunis apa cerita?"
umno oh umno.... bila nak bertaubat ni...
ReplyDelete