Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi
"Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".
Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa.
"Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya.
Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri.
Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak.
Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.
Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.
Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon.
Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut.
[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.
Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu.
Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.
Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.
Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.
Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya.
Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini.
Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].PDO