Monday, October 31, 2011

PAPA GOMO MERAJUK!!! Belasah pemimpin BN, tak mahu menulis politik dah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3BZtzwHJuzXHUksX1uMkcHpTkp9FzyfYXvXC-0IxWZdR7ZgCqveOqYnD68LH2Exy-l-apC-tY0kqza7qe5Ql1DS7Ik_j_UDoDQEEA_Me-KtZ_YLy9I1Te1J6n7mLtLEbhzqY7qj4DVmhE/s400/Papa+Gomo.pngGara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair.

Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi
"duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi

"Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".


Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa.

"Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya.


Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin

Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri.

Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan,
Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak.

Papa Gomo sudah menjadi
"barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.

Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin.

Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog
hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon.

Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut.

[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan.

Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu.

Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti.

Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN.

Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya.

Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini.

Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran].PDO

14 comments:

  1. alahai~

    membuka pekung didada sendiri je mereka ni...huhu

    ReplyDelete
  2. Elok lah tu.. bawak2 bertaubat

    ReplyDelete
  3. kenapa berhenti? jilat lagi bontot umno tu biar sampai bersih cirit birit yang yang tersembur tu. apa kerja sekerat jalan? jilat lagi, jangan tak jilat.

    ReplyDelete
  4. berhenti wat pe...alahai, patut teruskan jer, baru syok, barah berjangkit keseluruh umno...biar lumpuh terus umno tuh...

    ReplyDelete
  5. pulak dah...muka cam samseng berhati kering tapi dlm hati ada TAMAN.

    Drp Pemuda Ampang.

    ReplyDelete
  6. gua cadangkan kita kumpulkan tandatangan bagi menyokong pap gomo meneruskan tulisan.. hah hah hah

    ReplyDelete
  7. gua rase duit xmasuk tu...cmne nk jln projek kes vedio xlaku...dpt duit ligat le blk taik tu

    ReplyDelete
  8. Bahalul ni tak tau kena sekali ko bodek umporno ko kena terus bodek kini dan selamanya. kalau x bodek x massssuk le...... silap haribulan boleh dilantik senator ko mcm nalakurapan, ezam dan lain2... tapi ko jenis bahalul bahalul jugak le....

    ReplyDelete
  9. bodo.takde klasssss

    ReplyDelete
  10. ini orang BODOH MAKAN TAIK TAIK KUCING TAIK IDONG MASIN MENGONG DN BEBAL....PENCACAI PNFITNAH PENDUSTA..SAMPAI KE LUBANG KUBOO LA KO MMBODEK UMENO...KAHKAHKAHKAHKAHHHH....

    ReplyDelete
  11. takot kene saman gamaknye..sape nk bayarkan??

    ReplyDelete
  12. tahu umno tu bodo.. mahu juga jadi bodo.. na!!! skrg apa jadi.. dua2 jadi bodo..

    ReplyDelete
  13. Berhati-hati... strategi politik umno, kita tak tahu... jika benar papagomo tak mahu lagi menulis berkenaan politik yang berkisarkan kepada pimpinan BN umno, itu bermakna kemenangan kepada yang pro PR, kerana blogger pro pr menulis atas kebenaran, dan tidak merujuk kepada mana-mana pimpinan tertinggi pr, cuma berlandaskan kebenaran al quran dan hadis nabi dan petikan ucapan ucapan pimpinan sahaja, bukan merka-reka cerita.... seperti papa gomo tulisannya terlalu mengangkat pimpinan tertinggi bn menyebabkan dia papa gomo tidak larat lagi untuk mempertahankan apa yang telah di pertahankan selama ini, kerana bila sesorang itu mulakan satu pembohongan, hingga ke akhirnya beliau akan terus berbohong, untuk mengekalkan apa yang dibohonginya dari awal itu... sudah tentulah itu meletihkan, dan memeningkan kepala!

    ReplyDelete
  14. macai umno bukan penting pun..ni terdesak sbb tu diupah..dah ok g melingkup la korang cari makan cara lain. aku dah tak nak bayar..

    lagi pun keja jahat ni tak ada berkat..tak akan bertahan lama..

    takde kaya dan senang punya macai2 umno ni..selain menimbun dosa..

    apa yg aku nampak lepas ni korang tak berguna dah akan dicampak atas jalan biar dilanggar lori lembu

    ReplyDelete