Friday, October 21, 2011

AUDIT YANG DIEDIT?!!! Laporan Audit dibentang Isnin ini

KUALA LUMPUR 22 Okt - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (foto). Ambrin berkata, beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama.

"Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan telah dibuat supaya LKAN 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan sejak 2010, LKAN tidak dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan belanjawan negara bagi membolehkan kedua-dua perkara berkenaan mendapat liputan saksama.

"Sejak tahun 1982 lagi, LKAN dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia beri penjelasan apabila diperlukan,” katanya.

Ambrin jelaskan, LKAN bagi negeri dimaklum terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

[Isu Laporan Ketua Audit Negara yang lambat dibentangkan di Dewan Rakyat hangatbaru-baru ini, apabila ramai pemimpin pembangkang yang mahukan jawapannya.

Malah, mereka juga hairan kerana belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, laporan tersebut dilenggahkan dan tidak dibuat semasa pembentangan Bajet.

Namun, semuanya berlaku di zaman PM Najib Razak. Soalnya, kenapa ia lengah-lengahkan?. Apakah Ketua Audit Negara telah bertemu dan mendapat maklumat berbagai-bagai kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN itu sendiri.

Lantaran, sengaja melengahkannya untuk membuat beberapa perkara penting yang boleh memalukan Kerajaan UMNO BN. Jika ini keadaannya, maka apakah kita boleh jamin laporan yang akan dibentangkan itu nanti telus dan adil?].PDO

No comments:

Post a Comment