Sunday, October 2, 2011

BENGANG!!!Soi Lek dah marah sama Tee Keat

Jika seseorang itu sudah tidak relevan pada sesebuah parti, mengapa pula kata-katanya perlu dibalas oleh presiden parti tersebut secara terbuka?

Itulah ironisnya gelagat Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang kelihatan tersinggung dengan kenyataan bekas presidennya Datuk Seri Ong Tee Ket yang berkata MCA semakin menjadi parti yang tidak relevan dalam arena politik negara.


Sebagai menjawab kata-kata Ong, yang disifatkan beliau sebagai tidak relevan pada MCA dan akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA, Chua menyarankan Ong untuk meletakkan jawatan jika beliau sudah tidak yakin lagi dengan masa depan parti.


“Anda tiada keyakinan ke atas MCA, mengapa anda mahu bertanding sebagai calon di bawah lambang Barisan Nasional, MCA?


Letak jawatan jika tiada kepercayaan dalam parti,” kata Chua yang dipetik The Malaysian Insider hari ini.


Dalam temuramahnya dengan The Malaysian Insider, Ong membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang kononnya mendakwa bahawa parti Cina tersebut masih relevan di negara Malaysia.


Pada pandangan Ong, MCA kini masih meneruskan polemik lama daripada membawa dan mengadakan pembaharuan yang diharapkan oleh para pengundi.


“Jika MCA terus menggunakan laluan dan jiwa yang lama, maka sudah pasti ia menuju situasi tidak relevan. Sesetengah sudah pun dengan terus-terang mengatakan bahawa kami sudah pun tidak relevan,” kata Ong, sambil menambah bahawa parti MCA ini juga dilanda sindrom penafian.


“Penafian Tiong Lai (mengenai kenyataan) MCA sudah tidak relevan lagi bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan penafian beliau berkaitan insiden (hospital) Tung Shin (pada 9 Julai lalu),” kata Ong merujuk dengan penipuan Liow sebagai Menteri Kesihatan ketika menafikan bahawa hospital Tung Shin diserang oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0.


Membidas kritikan, Chua menyelar rekod Ong sebagai presiden MCA yang didakwanya tidak pernah membawa pembaharuan ke dalam parti dan hanya menumpukan kepada usaha menghukum ahli-ahli yang menentang beliau.


“Beliau pernah ada peluang untuk mengetuai MCA, beliau tidak pernah buat apa-apa untuk membawa pembaharuan.


“Pembaharuan yang hanya kita adakan adalah terlalu banyak EGM (perhimpunan agung tergempar)... selama 17 bulan di bawah Ong, kita ada tiga EGM, jika anda mengira satu yang diadakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai,” sindir Chua yang juga tidak kurang hebat dalam rekodnya dalam politik negara sebagai ahli politik pertama yang terlibat dalam skandal video seks yang diakui beliau yang diterima Umno sebagai rakan sejati dalam Barisan Nasional.JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment