Monday, October 17, 2011

INI DIA !!! Bakal calon UMNO ganti Pak Lah di Parlimen Kepala Batas

http://omong.files.wordpress.com/2006/11/WindowsLiveWriter/Bumiputragets20ofcontractvalueforeffort_1062D/reezal%20merican%5B2%5D.jpg
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Biarpun tarikh Pilihanraya umum ke 13 masih belum diketahui, namun parti-parti politik diseluruh negara sudah sibuk menyusun strategi dan memikirkan siapakah calon yang paling layak untuk dipertandingkan bagi memenangi hati rakyat.

Ramai juga dikalangan pemimpin-pemimpin politik sudah membayangkan bahawa nama mereka akan dicalonkan serta sedaya upaya berusaha untuk menunjukkan yang mereka layak dipilih sebagai calon yang bakal bertanding.

Sudah tentunya Pulau Pinang adalah diantara yang menjadi medan persaingan sengit diantara kerajaan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat selain dari Selangor, Kedah dan Kelantan. Pulau Pinang menjadi tumpuan kerana ia kini ditadbir oleh kerajaan DAP yang sejak kebelakangan ini sering menjadi mangsa kecaman pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Tumpuan khas yang diberikan oleh Perdana Menteri dan juga Timbalannya terhadap negeri ini juga mengesahkan usaha Barisan Nasional untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat. Maka diatas sebab itulah ramai nama-nama besar yang bercita-cita untuk bertanding di negeri ini.

Antara kerusi-kerusi yang dijangka panas di Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti ialah, Kepala Batas, Nibong Tebal, Bagan, Permatang Pauh, Tasek Gelugor, Bayan Lepas, Balik Pulau dan juga Bukit Gelugor.

Yang paling terkini, sudah terdengar khabar angin yang bertiup kencang mengenai bakal calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kepala Batas untuk Pilihanraya Umum yang akan datang. Antara nama yang disebut-sebut ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Seri Reezal Merican dan juga Adun Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim.

Selain itu, pihak UtaraNews difahamkan terdapat dua lagi nama yang dipertimbangkan untuk mengisi kerusi di kubu kuat UMNO tersebut. Namun nama Reezal Merican yang paling kerap diperkatakan.

Dipihak Pakatan pula, kerusi P041 masih samar-samar untuk kekal kepada PAS ataupun tidak. Ini kerana dimaklumkan terdapat usaha dari PKR untuk mengambil alih kawasan tersebut. Dan nama Nurul Izzah serta Wan Azizah telah disebut-sebut sebagai calon yang paling layak menggempur kubu tradisi UMNO itu.

Mampukah UMNO mencari "winnable candidate" bagi menangani asakan Pakatan Rakyat di Parlimen Kepala Batas ini? Dan mampukah Pakatan Rakyat mencari sokongan rakyat untuk mereka menumbangkan UMNO di kubu kuat mereka sendiri?Utara News

No comments:

Post a Comment