PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.
KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.
Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.
“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.
“Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif,” katanya.
Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.
“Sapa (siapa) rosmah mansor untuk hadir dlm meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, emmiza.
“Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah blh hadiri?Prihatin pd negara agak2 la smpi mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akuan Ikhwan Hafiz pula.
dia prasaan yg dia tu FLOM,blh cmpur dlm hal ngara.btul2 tk sdar dri,awk tu cuma istri PM,bkn ada jwatan apa2 pun.
ReplyDeleteKorang kalau iya pon bencikan Rosmah berpadan-padan la, kesian ngan dia Beb..Nak buat camana, dia tu memang bangang dan bengap..dah tu korang nak buat camana. Korang cakap 100 kali pon dia bukannya paham...cukup-cukup la dok mengata kat Rosmah...sebabnya aku takut kalau si Rosmah ni mampos besok, mata ngan mulut dia tak boleh nak tutop rapat sebab 1Malaysia dok maki dia...korang tak kesian ke?
ReplyDelete