Saturday, October 15, 2011

NASIB TSU KOON!!! Gerakan makin tenat




Ketua Wanita suruh jangan bertanding, Ketua Pemuda dok sokong lagi


Lebih kurang teruk macam Umno-APCO jugak


Cuma belum sampai takat baling kerusi je


JALAN PULANG

Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 demi kepentingan parti.

Tan yang membuat gesaan itu pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan di sini hari ini.


Bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada pilihan raya umum ke-13 dan membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.


Parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.


Turut kalah Koh yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.


“Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti.


“Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.


Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus ‘hidup’ selepas pilihan raya umum akan datang.


Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada pilihan raya umum akan datang.


Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.


Ahli Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.


“Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula,” katanya dipetik Bernama Online.


Terdahulu dalam ucapannya, Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengingatkan anggota Wanita agar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dan semua calonnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin berkata semua anggota parti harus merapatkan barisan dan bersatu di belakang Koh.


“Beliau dipilih secara demokrasi. Suka atau tidak beliau masih presiden kita dan semua harus berdiri di belakang beliau.


“Saya fikir adalah suatu yang tidak betul untuk meminta presiden meletak jawatan tanpa alasan kerana kepimpinan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya untuk Koh.


Tentu buruk jika Koh berjalan dan berarak sendirian tanpa siapa di belakangnya.”

No comments:

Post a Comment