Saturday, October 22, 2011
PANAS!!!Muhyiddin lemahkan semangat Projek Gempur Selangor ciptaan Najib ?
Di saat perhatian seluruh negara terarah kepada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam yang hanya menyaksikan kehadiran 1,000 orang menurut Berita Hairan, rupanya Timbalan Presiden Umno-APCO Muhyiddin Yassin juga cuba menggempur Selangor dengan slogan manis mulut di bibir, "Nurani Rakyat Sayangi Selangor Yakini Barisan Nasional" di lima DUN seluruh negeri itu.
Dalam keghairahannya bersama Najib yang sudah "menggempur" negeri terkaya di Malaysia itu, wujud juga kembimbangannya terhadap trend pergolakan dalaman Barisan Najis khususnya Umno-APCO sendiri.
Umum mengetahui bahawa sudah ada sekurang-kurangnya tiga kem berasingan dalam Umno-APCO negeri yang secara tak langsung menjahanamkan peluang mereka sendiri untuk merampas negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Antara kem yang sudah mengisytiharkan diri mereka wujud adalah Timbalan Pengerusi Umno-APCO negeri Noh Omar, Ketua Pembangkang di DUN Selangor Satim Diman dan senator kotak Ezam Senatak yang dibantu oleh bekas ahli PKR dan GAPS yang keluar parti.
Kem bekas menteri besar, Khir Toyo hanya menjadi pengacau dan pemerhati dari luar.
Tetapi ada satu rahsia umum hasil dari kenyataan Muhyiddin yang secara halus menempelak bosnya sendiri Najib yang mengepalai Umno-APCO negeri.
Muhyiddin menempelak strategi Najib untuk meletakkan muka-muka baru di sesetengah kawasan yang dianggapnya boleh mencapai kemenangan.
Hasilnya, kepimpinan Umno-APCO negeri gagal mencapai kata sepakat untuk mengisi kerusi DUN yang bakal ditandingi.
Sudahlah slogan yang digunakan Muhyiddin berbeza dengan Najib Altantuya, kini secara tidak langsung terserlah perpecahan antara kedua-dua pemimpin tertinggi Umno-APCO ini.
Sekurang-kurangya, dipercayai lebih 15 kerusi Umno-APCO berada dalam keadaan bahaya termasuklah kerusi panas yang dimenangi majoriti kurang 1,500 undi dalam pilihanraya umum Mac 2008 lalu.
Antara kerusi yang dianggap tidak selamat adalah Sri Serdang dalam parlimen Puchong iaitu kerusi Satim sendiri dengan hanya memperolehi majoriti tipis 45 undi!
Dan kerusi-kerusi lain yang dianggap kritikal adalah DUN Sabak (majoriti 117), DUN Taman Templer (613), DUN Sungai Air Tawar (123), DUN Paya Jaras (642) dan DUN Morib (286).
Menurut sumber yang rapat dengan Umno-APCO negeri, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.
Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh presidennya, Najib .
Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri.
Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir dan serbuan gereja DUMC di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Di samping itu, Setiausaha Umno-APCO Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Ungku Salleh Ungku Jamal juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan selepas menggantikan Suhaimi Ghazali pada Januari tahun ini.
Bekas MB Selangor, Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.
Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.
Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.
Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.
Hasilnya, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.
Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.
Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.
"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.
Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.
"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.
Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.
"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.
Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.
Apa yang pasti, Muhyiddin sebenarnya mahu melihat Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat kerana hanya dengan kekalahan tersebut akan menyebabkan tekanan supaya Najib berundur lebih kuat dirasai.
Hematnya, biarlah Selangor tidak dimenangi asalkan BN kekal memerintah Putrajaya dan Najib bakal tersingkir sepertimana yang pernah dilakukannya bersama Mahathir menjatuhkan Pak Lah hingga terpaksa berundur Mac 2009.
JALAN PULANG
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang.
"Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita.
Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya.
"Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang.
Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN.
Tambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.
Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.
"Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri.
"Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi.
Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya.
Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya.
"Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya.
Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN".
Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia.
Dalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan.
"Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya.
Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar.
Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti.
"Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu.
No comments:
Post a Comment