Saturday, October 22, 2011

PELIK!!! Mana ahli 2000 NGO yang sokong HIMPUN kerana hanya 1000 yang hadir

Ibrahim Ali bersama ahli-ahli Perkasa yang hadir

SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Berdasarkan tinjauan beberapa unit media, jumlah peserta yang hadir dianggarkan kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Jumlah itu juga dipercayai kurang berbanding jumla peserta pada demonstrasi solidariti untuk Aziz Bari di UIAM semalam.




Kira-kira jam 3:15 petang Presiden Perkasa Ibrahim Ali tiba bersama ahli-ahlinya dan mengambil tempat duduknya di pentas utama bersama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.

8 comments:

  1. Mane ahli umporno dan perkasa yg dikatakan pembela agama ? kata ahli umporno 1 juta lebih, kalau separuh dtg pun pecah stadium... dunia tau kalau x sogok duit x bergeraklah umporno.... pembela agama konon.. pieelah haprak kelas pertama lah lu org.... umporno g jahanamlah...

    ReplyDelete
  2. maknanya mereka gagal nak berhimpun, apa makna sejuta umat tu? orang tak faham. nak himpun sampai sejuta memang tak larat. himpun seribu orang bolehlah.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya yang hadzir memang ada 1 juta cuma yang kelihatan sekadar 1-2000 aje. Yang lain tu tak nampak sebab pengundi hantu.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan pelihara akidah memang gagal menarik peserta yang ramai . Kalau pihak kristian yang ketawakan kegagalan tu takpa lah . Ni tidak orang islam sendiri yang ketawakan .Nampaknya orang islam sendiri dah buat keje untuk orang kafir

    Kenapa orang islam sendiri mengutuk . kerana politik adalah segala-gala bagi mereka .lebih penting dari kesucian agama . lebih penting dari MENZAHIRKAN KEAZAMAN UNTUK MEMELIHARA AKIDAH.

    Tidak seperti perhimpunan BERSIH
    yang merujuk kepada kitab suci Buku Jingga pimpinan Ambiga , seorang peguam Hindu yang memberi khidmat guaman percuma kes menukar agama . Walaupun himpunan itu menyusahkan orang awam ianya dihalalkan malah mendapat pahala pula mengikut pandangan ajaran sesat Islam PAS.

    Natijah dari pengaruh liberalisasi agama yang secara halus meresap kedalam politik malaysia. Umat Islam sendiri telah gagal untuk membezakan perkara yang membawa kepada kebaikan untuk agama yang dijunjungnya , dengan perkara yang boleh menyebabkan pihak lain menguasai agama mereka sendiri.

    Lihatlah apa yang terjadi kepada Hasan Ali. Seorang exco agama di Selangor yang pandangannya tidak ada nilai berbanding dengan Elizebeth Wong seorang mubaligh Kristian. Suara kristian lebih kuat dari suara Islam di Selangor sehingga memerlukan teguran dari pihak istana.

    ReplyDelete
  5. to Penganut Pas..
    ape bende ko merepek ni setan.. ape bende cite pasal kristian gelak akidah sume nie. woi bangang, xkan x sedar lg rakyat da paham propaganda2, provokasi2 yg di buat umno.. ko sayang sangat kat hasan ali tu, pg bgtaw najib amek dye jd MP umno, tu pon kalo menang Pru13. bape hengget sangat la umno bg kt org mcm ko nie bwat komen mcm ni..sedeyyyyy!!

    ReplyDelete
  6. pencacai umporno tak malu guna nama pas ni dah letih pi merata blog buat komen bodo. bukan boleh dilayan, jenis perangai setan bertopeng manusia

    ReplyDelete
  7. Tumpang gelak sebab provokasi umno tak menjadi.

    Kah.. kah.. kah..

    ReplyDelete
  8. hahah! org melayu sume emo tahap gaban kan..ntah pape..x united langsung..parti politik bleh bwk korang masok syurga ker? LOL! BS la wei!

    ReplyDelete