Wednesday, October 19, 2011
SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!! UMNO konon bela Islam tak bantu pun, PR dituduh tindas Islam bagi bantuan dalam Bajet 2012
Usaha Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis pendidikan seluruh negara yang menganjurkan Muzakarrah Pertubuhan Pendidikan Islam NGO disokong penuh oleh kerajaan negeri.
Ini kerana muzakarrah ini bertujuan mengangkat pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam bidang akademik.
Selaini itu kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ia juga bertujuan membincangkan kedudukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor yang tidak diberikan tumpuan khas berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK) lain semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Menurut Dr Halimah, menerusi muzakarrah ini juga, NGO dan aktivis pendidikan yang terlibat telah bersatu bagi membincangkan kedudukan SAR sekaligus bertindak sebagai suara padu yang akan dibawa ke hadapan untuk memberi indikasi kepada pihak kerajaan yang mengatur dana bagi tujuan pendidikan.
"Jadi sudah tentunya kerajaan negeri mendengar rintihan daripada NGO yang mengusahakan SAR dan kita melihat mereka perlu dibantu serta disokong dan kita juga memberikan ruang serta peluang untuk bersama-sama memikirkan bagi menilai semula ke arah mana sebenarnya aliran pendidikan Islam ini di dalam agenda kerajaan Malaysia yang memerintah.
"Jadi kita juga telah mewujudkan Mappis ini sebagai usaha serius untuk memastikan SAR mendapat perhatian yang sewajarnya sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri," katanya.
Tambah beliau, sebagai menghargai pengupayaan Mappis yang bertindak sebagai sendi penting dari perspektif kerajaan Selangor, kerajaan negeri turut menyumbangkan dana tambahan bagi tujuan pembangunan pendidikan supaya NGO yang turut terlibat boleh bersatu dan memperkasakan lagi pendidikan Islam di masa hadapan.
Sementara itu, Pengerusi Mappis, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam berkata, beberapa resolusi telah dicapai semasa muzakarrah itu antaranya mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan Islam khususnya di Selangor selain mengupas tujuh isu utama untuk diketengahkan, digarap serta dibincang selanjutnya menerusi Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia yang bakal berlangsung bulan depan di Shah Alam.
Bercakap lanjut mengenai isu yang bakal dibincangkan semasa konvensyen nanti, Zainal menjelaskan ia termasuk mempertimbangkan sama ada sistem pendidikan Islam sedia ada harus kekal sebagai sistem pendidikan sampingan atau dijadikan sistem pendidikan arus perdana (utama).
No comments:
Post a Comment