Tuesday, October 11, 2011

TERGAMAK !!! Kerana Umno Manusia ini sanggup masukkan fakta salah PKMM sokong Malayan Union




Dalam soalan no 40 Kertas Sejarah PMR 2011. Dinyatakan PKMM, API dan AWAS menyokong Malayan Union.

Sebenarnya soalan ini merujuk kepada satu penulisan
yang menggambarkan bahawa PKMM adalah sebuah gerakan yang menyokong Malayan Union. Sebelum menjawab persoalan ini sila baca 2 risalah di bawah dan kesimpulannya.


RISALAH 1


Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat segelintir orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri dan mengambil pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu. Tindakan ini dapat dilihat
dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ). Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh, Perak dan dibawah kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya. Pendirian PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah dinyatakan dengan tegas dalam Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November.

Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa perkara utama.


Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan pentabdiran serta menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan.


Kedua, PKMM turut menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ‘ Malayan’. Ia penting dalam melahirkan satu bangsa yang taat setia kepada Tanah melayu disamping menjamin satu hubungan yang baik antara kaum.


Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Pandangan ini telah disuarakan oleh


Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa:

“ Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam masa yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat dan gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata. Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan ini.”

Rujukan : Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka, Selangor, 2004, hlm. 140, hlm. 145, hlm. 141.




RISALAH 2


Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti
politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober
1945. Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka.

Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu
, iaitu:

1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.


2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.


3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.


4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.


5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.


6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada

orang Melayu.

7.
PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.

8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.



PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu.


Matlamat ini termaktub di dalam
Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember1945. Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.

Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:


1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.


2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.


3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.


4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.


5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula

membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.

Rujukan :

Abdul Majid Salleh, Untukmu Anak Merdeka.
Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Ke Punchak, 7–15.
UMNO/SG No. 96/1946 – Rang Undang-undang 1946, Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Abdul Majid Salleh, Memoir Abdul Majid Salleh, dalam PKMM dan KESATUAN Buruh (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004)
Voice of the People, 16 November 1945, 17.


KESIMPULAN


Satu fakta yang
jelas salah di dalam penulisan Dr Ramla Adam ialah menyatakan Kongres PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November (tahun tidak dinyatakan). Hakikatnya kongres PKMM yang ketiga ialah di Singapura pada 1947. Kongres PKMM yang diadakan di Ipoh adalah kongres kali pertama pada tahun 1945. Manakala kongres PKMM kali kedua pada 25-27 Disember 1946 pula diadakan di Kota Melaka.

Penulisan Dr Ramlah Adam kelihatan cuba menggambarkan bahawa gerakan PKMM menyokong gerakan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946. Beliau mengaitkan beberapa ciri kesamaan pada 8 resolusi PKMM dan Rang Undang-undang PKMM 1946 yang dibuat pada 1945 itu.


Persoalannya, bagaimana resolusi yang dibuat pada 1945, setahun lebih awal daripada penubuhan Malayan Union ini dikatakan sebagai menyokong Malayan Union. Sepatutnya, jika sesebuah gerakan itu menyokong penubuhan Malayan Union, semestinya resolusi yang dibuat itu SELEPAS wujudnya Malayan Union sebagai tanda sokongan tersebut.


Dr Ramlah Adam mendakwa dasar sokongan PKMM yang pertama ke atas Malayan Union ialah kerana menyokong usaha British menggabungkan menyatukan kesemua negeri Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Sebenarnya PKMM mahukan semua bangsa bergabung untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.(Lihat resolusi no.1). Bukannya bersetuju semua negeri bersatu di bawah jajahan British.


Kedua dikatakan PKMM bersetuju dengan dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ‘ Malayan’. Tetapi sebenarnya PKMM menyarankan terjalinnya hubungan kerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini supaya dapat hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.(Lihat resolusi no.7).


Ketiga, PKMM dikatakan tidak keberatan apabila kuasa sultan Melayu dilucutkan dan bersikap antifuedal yang kuat. PKMM beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan, sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Hakikat yang sebenarnya, PKMM menggalakkan setiap orang diberi hak untuk bersuara. Di dalam rencana yang disiarkan dalam
Voice of the People berjudul, Malays and the Malay Nationalist Party, termuat kenyataan berikut:

The Malay Nationalist Party is a National Movement and so every Malay has the right to come forward and with his views and findings for the upliftment of his Nation. This right is also granted by his religion to tell the highest Authority in the State when things are done contrary to the teachings of his religion. The humble Raayat has the right to go to the Ruler, his Sultan, and tell him what is wrong with his Government. This is Democracy. There is that perfect understanding and that perfect unison between the Imam and the Ma'mum! That should be the case of the Malay Sultan and the Raayats. Just as the Imam respects the Ma’mum so the Ma’mum respects the Imam.

(Parti ini adalah satu gerakan kebangsaan dan supaya setiap orangm Melayu mempunyai hak untuk tampil ke hadapan dan menyatakan pandangan dan penemuan untuk meningkatkan taraf Bangsa. Hak ini sendiri telah terjamin di dalam agamanya untuk memberitahu Pihak Berkuasa tertinggi di dalam negeri ini apabila perkara-perkara yang dilakukan bertentangan dengan ajaran agamanya. Rakyat yang merendah diri mempunyai hak untuk bertemu pemerintah, iaitu Sultan, dan menyatakan apakah kesalahan kerajaan. Ini adalah Demokrasi. Terdapat kefahaman yang sempurna dan kesempurna hubungan diantara Imam dan Ma'mum! Dan di dalam kes ini antara Sultan Melayu dan Rakyat. Jika Imam menghormati Ma'mum maka Ma'mum menghormati Imam.)




Bagaimana Dr Ramlah Adam tergamak memesongkan kenyataan menggalakkan kebebasan bersuara yang telus dan adil ini sebagai sebuah usaha yang kononnya untuk melucutkan kuasa Raja-raja Melayu.

Dan lebih penting lagi, resolusi ini dipersetujui dan dikeluarkan oleh PKMM sebelum tertubuhnya Malayan Union. Jadi dimana logiknya PKMM mengeluarkan resolusi ini untuk menyokong Malayan Union. Janganlah kerana ada resolusi yang seakan mirip dengan skim Malayan Union ini, ia dijadikan modal untuk memomokkan kepada pelajar sekolah bahawa kumpulan pejuang kiri ini digambarkan sebagai gerakan penyokong penjajah.


Sedangkan, perjuangan mereka secara jelas menolak, menentang, melawan penjajah dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah ini. Perjuangan golongan kiri ini tidak diajar sebagai pejuang kemerdekaan, malangnya mereka diajar sebagai 'penyokong penjajah'......sehingga masuk di dalam soalan Sejarah PMR 2011!.


Oh, sebelum itu kepada yang tidak mengenali siapa Dr Ramlah Adam ini, beliau merupakan salah seorang Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.PULAK DAH

No comments:

Post a Comment