Tuesday, November 15, 2011
BAJET NAJIB!!! Nampak hebat, tapi hospital 2 biji tak bina-bina
KDYMM Sultan Kedah berasa kesal kerana perancangan untuk membina Hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. Ini mengakibatkan rakyat Kedah di daerah tersebut masih menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan dari hospital daerah di tempat lain. Baginda juga mengharapkan tindakan susulan hendaklah diambil oleh pihak persekutuan bagi menyediakan kemudahan hospital yang dimaksudkan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pendang dan Bandar Baru dapat diselesaikan segera.
Bertitah sempena Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ke Empat Mesyuarat Bajet 2012, baginda turut melahirkan ucapan tahniah di atas kejayaan kerajaan negeri terutama dalam melaksanakan projek utama menerusi Pelan Strategik Kedah Sejahtara yang melibatkan projek-projek pertanian, akuakultur, pembuatan, pelancongan, prasarana dan pembangunan insan.
Di samping itu,baginda turut berbangga dengan tindakan kerajaan negeri membangunkan semula beberapa projek terbengkalai seperti Bangunan Plaza Tunku Yaakob, pembangunan semua Kuala Kedah, bandar baru Pokok Sena dan Pekan Bukit Pinang.
Langkah kerajaan negeri mewujudkan Institusi Maahad Tahfiz Sains meyakinkan baginda usaha membentuk genarasi pelajar yang memiliki daya intelektual yang tinggi, keperibadian terpuji, berakhlak mulia dan boleh menguasai Al-Quran sebagai panduan hidup akan mendapat sambutan yang memberansangkan di kalangan pelajar dan ibu bapa.
Baginda turut tertarik dengan usaha kerajaan negeri menyediakan asas pembangunan dalam bidang pengeluaran makanan melalui penubuhan Taman Industri Halal dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian, Zon Industri Akuakultur untuk ternakan ikan dalam sangkar laut terbuka di perairan Langkawi serta galakan kepada ternakan Burung Walit. Usaha sedemikian dapat mengembelingkan pihak swasta melabur dan menerajui bidang yang dimaksudkan.
Titah baginda lagi, keadaan aman tenteram yang tidak mengalami musibah dan bencana besar merupakan nikmat yang tidak ternilai dan ianya membuktikan kesungguhan kerajaan negeri mewujudkan suasana yang harmoni melalui dasar pentadbiran yang adil, amanah dan mengambil kira kepentingan semua pihak. Oleh itu, baginda menyeru kepada semua agar terus menyumbang buah fikiran dan tenaga bagi menyebarkan kesedaran dikalangan rakyat supaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal disamping memiliki akhlak yang mulia.
Baginda juga mengharapkan semua anggota jentera pentadbiran negeri terus meningkatkan tahap kecemerlangan dan kecekapan melalui latihan sedia ada serta memendekkan masa berurusan dengan pelanggan. Penubuhan Jawatankuasa antara kerajaan dengan swasta yang dikenali sebagai PEMUDAH merupakan satu usaha yang terpuji bagi meningkatkan ' delivary system".Kedah La
Negeri kelahiran yg umporno kata negarawan ulung Tun M, apa dia dah buat kt kedah? semua pembangunan bermotifkan politik, betul ke umporno pembela melayu? fikirlah sikit org melayu, masihkah anda nak sokong umporno?...lu fikirlah sendiri !!!!
ReplyDelete