SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan].
Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.
Tahniah di atas kemurahan hati beliau. Ini kerana, RM1.2 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima.
Sungguh pun isterinya boros, dan gemar membeli beg tangan mewah, namun suaminya sangat pemurah. Lihatlah dunia, betapa pemurahnya Najib, empat tahun duit gajinya dihabiskan untuk membeli lembu dan didermakan kepada orang ramai.
ReJaM© "Persoalannya, Rosmah beli beg tangan mewah pakai duit siapa?"
Salam.
ReplyDeleteBiarlah mereka dgn cara mereka. Kita azam akan lebih buat baik utk korban jika kita dikurniakan kekayaan.
Hanya ALLah yg akan memilih siapa yg dia suka. Sapa yg doa, dia ada peluang. Siapa banyak mengata tetapi kurang usaha akan merendahkan akhlak dan yg terpalit adalah Islam.
Mari kita sama-sama muhasabah diri, Samada pemerintah atau pembangkang. Iklas ke setiap amalan atau hanya utk tontonan sahaja.
Semoga kita semua terpilih hamba kepada Allah bukan pd parti.
Salam,
ReplyDeleteTeman nak bayar satu bahagian (RM350) pun susah.
Tapi PM bayar 2814 bahagian (RM 1.2 juta)
boleh claim balik..apa nk heran..dia guna duit rakyat utk beli...
ReplyDeleteSalam..Benar atau tidak hanya ALLAH saja yang tahu..
ReplyDelete