Tuesday, November 1, 2011

BERSIAP SEDIA!!! Najib tiada pilihan, parlimen bakal di bubar selepas pulang dari Mekah

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/03/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpgTeka teki bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13 kini menjadi tajuk perbualan seluruh ahli politik tidak kira dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui mandat semasa kerajaan hanya akan tamat Mac 2013, akan tetapi khabar angin mengatakan bahawa parlimen akan dibubar sebaik saja Najib pulang dari Makkah tidak boleh disangkal.


Ini kerana Najib menggunakan mandat yang diberi rakyat kepada bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan bukan untuk dirinya sendiri.


Kekalahan terbesar BN dalam sejarah Malaysia pada 2008 cukup untuk memberi kesedaran betapa rakyat menjadi kuasa penentu menghukum mereka di empat buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan.


Tetapi malangnya kesedaran yang dicanang rupanya hangat-hangat tahi ayam.


BN masih belum sedar dari lena panjang yang semakin meresahkan mereka sehingga kini.


Pergolakan dalam parti komponen BN sendiri masih tidak dapat meyakinkan Najib sendiri untuk memanggil pilihanraya umum seperti nasihat Mahathir beberapa minggu lalu.


Tetapi Najib tiada pilihan lain.


Semakin lama dia menangguhkannya, semakin parah kedudukan BN dan dirinya sendiri.


Dengan kes komisen kapal selam Scorpene bakal disebut dalam hujung bulan ini atau selewatnya bulan depan, pilihan terbaik adalah memanggil pilihanraya secepat mungkin.


Risiko untuk kalah di peringkat persekutuan tetap ada walaupun beberapa negeri bakal kekal di tangan mereka seperti Sarawak, Sabah, Johor dan Melaka.


Dan faktor kekangan kewangan kerajaan yang semakin membimbangkan hingga Akta GST pun mahu dilaksanakan juga membuatkan pilihanraya bakal diadakan dalam tempoh sebulan ini.


Najib dijangka pulang pada 9 November ini dan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 November bagi membolehkan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.


Di satu sisi lain, Pakatan Rakyat pula mahu supaya Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya umum diadakan.


Jika tidak, Pakatan Rakyat akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menangguhkannya sehingga siasatan selesai di peringkat parlimen.


Kebimbangan Pakatan Rakyat berasas disebabkan lebih 2.3 juta pendatang asing diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi BN seperti yang didedahkan beberapa bulan lalu.


Inilah talian hayat terakhir BN yang menggusarkan Pakatan Rakyat yang bakal kecundang akibat padang permainan yang berat sebelah.


Dengan 75 kerusi parilmen dalam tangan, Pakatan Rakyat mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 40 kerusi lagi bagi mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan.


Soalnya, dari mana datangnya kerusi ini?


Dengan lebih satu per empat atau 53 kerusi parlimen terletak di kepulauan Borneo, Pakatan Rakyat mesti memenangi 20 kerusi bagi membantu Semenanjung yang mengharapkan kerusi yang dimenangi kekal dan merampas kerusi milik Gerakan, MCA dan terutamanya Umno-APCO.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi mengetuai jentera Pakatan Rakyat walaupun tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum lalu.


Walaupun masih berisiko dipenjarakan akibat fitnah liwat ke atasnya, Anwar dilihat mampu menerobos dalam kubu Umno-APCO dan parti-parti BN di Sabah dan Sarawak.


Masa sudah mencemburi kedua-dua pihak, dan kini gendang perang pilihanraya sudah semakin lunak didengar apabila menantikan kereta Najib memasuki Istana Negara, sembilan hari dari sekarang.


JALAN PULANG



PRU 13 Pada 9 Disember?


Spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum Malaysia akan diadakan dengan tergesa-gesa pada 9 Disember nanti.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada Mekah mengerjakan haji, dijangka akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.


"Satu bulan adalah cukup untuk SPR menyediakan segala-galanya . Mereka seharusnya sudah pun bersedia. Itu pun jika Najib mendapat inspirasi selepas mengerjakan haji. Jika tidak, maka PRU akan diadakan pada tahun depan," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.


Kepada mereka yang mengikuti teka-teki mengenai tarikh PRU ke 13, ini adalah sesuatu yang mengejutkan.


Ramai yang menjangka ia akan berlaku pada bulan November kerana Disember selalunya musim hujan lebat. Dan apabila jelas PRU tidak mungkin berlaku pada bulan November, jangkaan seterusnya adalah bulan Mac atau April 2012.


Sebuah kejutan yang basah untuk Pakatan?


Tetapi ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa isyarat yang dinantikan oleh Najib. Yang paling penting adalah unsur kejutan terhadap musuhnya Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Pakatan Rakyat.


Yang kedua adalah hujan yang boleh menjadikan jumlah mengundi rendah dan ini akan memihak kepada BN yang tidak popular.


Pakatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri di negara ini. Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan penipuan undi besar-besaran dan dengan ini mereka tidak berupaya memeriksa di kebanyakkan tempat seperti yang merka mahu sebelum pergi mengundi.


Pakatan juga boleh membuat keputusan menentang kemahuan Najib dalam membubarkan dewan undangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya dapat memberi fokus dengan lebih kepada negeri-negeri lain.


Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.


"Kami harus bersiap sedia kalau tidak, ia ibarat membunuh diri. Tetapi secara peribadi, saya masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas sogokkan daripada Bajet dan wang tunai telah diedarkan sebelum membubarkan Parlimen," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

No comments:

Post a Comment