Saturday, November 5, 2011

HAJI NAJIB !!! Pi haji tak bermakna terhapus dosa

Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

“Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat,” katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana.

9 comments:

  1. wallahualam. bab ampunkan dosa, haji mabrur atau x, semua tu kerja tuhan. kita xtahu. biarlah tuhan yg tentukan. xyah kita nak wat andaian ap. nnti free2 jer dapat dosa. ap2 pon moga pm kita selamat menunaikn haji, mudah-mudahan mendapat haji yg mabrur dan mndapat hidayah dari Ilahi. insyyallah. sama2 kita doakan.

    ReplyDelete
  2. Salam
    1) cukup-kup lah dengan penyakit hati. patutnya kita sbg muslim, kita bersyukur kerana najib dan isteri menunaikan haji , mudah-mudahan mereka lebih beriman dan taqwa, dapat memimpin umat islam di sini menjadi umat yg disegani dari segi ilmu, harta, dll.
    2) sebagai pendakwah sebenar, teruskan dakwah dengan sabar dan ikhlas, hanya allah yg menentukan. Awas dgn perangkap syaitan yg suka melaga-lagakan muslim, hanya kerana satu perbezaan kita menggadaikan seribu persamaan.. Yg penting jangan taksub pada manusia, najib ka, n.aziz ka, hadi ka...taksublah pada allah semata-mata. Di malaysia, jelas musuh kita pihak bukan islam yg bencikan kita, mengapa masih buta?
    AAA

    ReplyDelete
  3. Tak perlu kita komen tentang orang yang sedang menunaikan rukun Islam ke5 tu.

    ReplyDelete
  4. NAJIB guna pesawat kerajaan mengapa. Ada kah perdana menteri pergi ibadat haji atas tanggungan kerajaan Malaysia?

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kena pecat dari kerajaan 1998 aku pun penyokong kuat Anwar . Bila kes liwat aku pun tak percaya . Tapi ALLAH maha berkuasa . lepas anwar dah hilang kuasa dunia nya maka ALLAH dah tunjukkan diri Anwar yang sebenarnya selapis demi selapis.

    Bila timbul isu pluralisma , aku fikir sebagai orang Islam , aku wajib bermufaraqah . Mana mungkin seorang pemimpin beragama Islam memperjuangkan idea John Hick yang menuntut semua agama didunia disama ratakan . Ini soal akidah dan akidah mesti jelas dan dipertahankan .

    Tiada siapa yang boleh mempertikaikan inti pati ucapan Anwar di London School of Economics dan ucapan Anwar di New York . Menjadikan Anwar sebagai pemimpin bermakna aku pun akan sama 'tergelincir akidah' seperti Anwar

    Aku harap Anwar akan bertaubat , memohon keampunan dari ALLAH, pergi menunaikan haji dan kembali kepada perjuangan beliau yang asal sepertimana semasa beliau menjadi presiden ABIM dulu. Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Utk Penganut PAS mungkin idola kamu bkn Anwar, sahlah idola kamu Rahim TC, Eskay siam kot?

    ReplyDelete
  7. Pada gua pemimpin pak aje ke x aje bkn pilihan gua. Yg mustahak sebagai pemimpin jgn songlap duit, menyusahkan rakyat aje... berlaku adil sudah jgn menzalimi rakyat... kalau pak aji pun kaki seleweng wat ape?

    ReplyDelete
  8. najib2....
    kanape la kaw suka menunjuk nunjuk?? pegi haji syp2 suda la..jd la pemimpin yg malu dan x riak...sprti Tuan guru nik aziz...kalo x pon sprt mantan PM iaitu Mahathir & arwah Razak...dia pegi bkn cm ko..menunjuk2 smpai nk m;isyharkan kt TV lg tuh...ish3..mngapa3..???
    kita mstylah..m;punyai kaya jiwa dan hati..jgn kaya harta dan jgn takbur sgt..ye. :)

    ReplyDelete
  9. x patut ape nye ,,mmg patut kita ketahui samada dia tu iklas ke x pergi haji tu balik jadi baik ke x mmg patut ,sbb dia adalah pemimpin malaysia ,klau seseorng tu mati mmg ttp berdosa wlaupon x da dosa disebbkan oleh pemimpin yng bnyk rasuah itu menyebb kan rmai yng ssh nk msuk surga

    ReplyDelete